RAWANG: Jururawat hamil tiga bulan maut, selepas motosikal ditunggangi
bertembung dengan sebuah lori yang membuat pusingan U, dekat Jalan
Bandar Tasik Puteri Rawang, di sini, petang Khamis.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu mangsa, Noorazlia Idris,
26, yang bekerja di pusat dialisis swasta meninggal dunia di tempat
kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Memetik BH Online, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali
Ahmad, berkata mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave dalam
perjalanan pulang dari Rawang ke rumahnya di Tasik Puteri.
"Ketika melalui lokasi, sebuah lori pasir jenis Hino dipercayai membuat
pusingan U dan memasuki jalan dilalui mangsa lalu bertembung dengan
motosikal ditungganginya.
"Akibatnya, mangsa parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Ali, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah
siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan
(APJ) 1987.
Katanya, polis sudah mengambil keterangan pemandu lori terbabit dan beliau memberi kerjasama penuh dalam siasatan kes.
Difahamkan, mangsa mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun dan sedang hamil anak kedua.
No comments:
Post a Comment