Monday, April 3, 2017

DUN Selangor cela tindakan Mat Nadzari

Oleh Farhain Mazlan
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini dengan rasminya mencela tindakan ADUN Batang Kali, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan, ekoran cuba menaruh prasangka buruk dalam ucapannya di dalam dewan.
 
Pernyataan itu dibaca Timbalan Speaker, Mohd Shafie Ngah pada akhir sesi persidangan dengan meminta Mat Nadzari berdiri untuk dewan membaca hukuman pertuduhan ke atasnya.
 
Dalam pernyataan dua muka surat itu, Mohd Shafie memberitahu, Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan telah memutuskan Mat Nadzari cuba menaruh prasangka buruk di dewan melalui petikan ucapannya pada persidangan DUN, pada 1 November tahun lalu.
 
Sementara itu Speaker, Hannah Yeoh menerangkan bahawa hal dalam negeri yang telah diputuskan dalam dewan atau jawatankuasa tinggi tidak boleh dicabar oleh sebarang pihak.
 
“Beliau membawa perkara ini ke Mahkamah untuk mendapatkan deklarasi untuk menyatakan ucapan beliau tidak menyalahi sebarang ucapan tetap.
 
“Samada ucapan beliau melanggar ucapan tetap atau tidak, keputusan itu terletak kepada Speaker atau Timbalan Speaker Dewan, bukan mahkamah.
 
“Itu pendirian kita dan dewan negeri telah setuju dan luluskan penyata tersebut," katanya lagi.
 
Nadzari pada 6 Mac lalu memfailkan saman  pemula bagi mendapatkan pengisytiharaan bahawa ucapannya di dewan dilindungi peruntukan undang-undang, menurut Artikel 77 Undang-Undang Tubuh Negeri dan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.
 
 

No comments: