Oleh Azizul Osman
SHAH ALAM: Terlalu awal untuk melabelkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(PPBM) berdepan dengan kemelut, kata penganalisis politik, Profesor Dr.
Ahmad Atory Hussain.
Atory berkata demikian sebagai mengulas pendedahan yang dibuat bekas
ahli parti itu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bahawa PPBM kini
dilanda kemelut ekoran rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan
presidennya, Tan Sru Muhyiddin Yassin.
"Saya rasa masa ini tidak boleh katakan kemelut dalaman, (saya) tidak
fikir begitu. Kita kena sabar jangan ikut budaya Umno. Dia (Khairuddin)
sukalah budaya ini. (Budaya) mengada-adakan cerita.
"Kita tidak boleh buat satu kesimpulan bahawa ini kemelut dalaman, belum masanya lagi," katanya kepada Antarapos.
Muhyiddin kini dipercayai sedang bercuti di Eropah.
Khairuddin yang juga, bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu
mendakwa tindakan presiden PPBM itu bercuti hanya akan merencatkan gerak
kerja ahli dan pemimpin di peringkat akar umbi.
Merujuk kepada kenyataan itu, Ahmad Atory berkata sebagai orang luar
Khairuddin tidak sepatutnya masuk sudahpun 'angkat kaki' pada 28 Oktober
lalu.
"Datuk Khairuddin tidak sepatutnya membuat teguran itu sebab dia bukan
lagi ahli BERSATU (PPBM), apa yang dia nak ceritakan. Kalau betul dia
nak kritik, kena berhubung dengan Tan Sri (Muhyiddin) dulu dimana dia
berada sekarang," katanya.
Lebih lanjut, Khairuddin hanya akan mengeruhkan keadaan dan kepercayaan
ahli kepada Muhyiddin yang dipertanggungjawabkan oleh Pengerusi PPBM
Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mengepalai parti itu dalam menghadapi
Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) kelak, ujar
Atory.
"Yang dia (Datuk Khairuddin) kritik sana sini tu buat apa? Mengeruhkan
keadaan. Adakah dia sudah menghubungi Tan Sri. Kena cakap terang-terang
suruh Muhyiddin balik, buat apa lama sangat diluar negeri. Kalau dia
tidak mahu balik itu barulah kritik," ujarnya lagi.
PPBM juga dipalit kontroversi berhubung isu 'pengguguran' Anina
Saadudin sebagai Ketua Srikandi selain pengumuman bekas senator, Datuk
Mohamad Ezam Mohd Nor yang bertindak keluar dari parti berkenaan.
Ezam hanya menyertai PPBM selama hampir tiga bulan sahaja, selepas keluar daripada Umno pada 2 Oktober 2016.
No comments:
Post a Comment