OLEH AFIX REDZUAN
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri dan Pejabat Tanah Daerah Klang
akan melakukan siasatan berhubung jumlah kerugian akibat pukulan ribut
yang mengakibatkan bumbung 20 buah rumah mengalami kerosakkan teruk di
Batu 8, Bukit Kemuning, semalam.
Setiausaha Politik Dato’ Menteri Besar, Suhaimi Shafiei berkata,
kejadian itu turut mengakibatkan keseluruhan bumbung asbestos tiga blok
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khee Beng, Bukit Kemuning rosak.
“Tinjauan dilokasi kejadian mendapati banyak bumbung rumah tercabut
di merata rata tempat. Ada sebahagian bumbung itu diterbangkan sekitar
100 meter dari tempat asal dan tersangkut di talian elektrik.
“Sekitar 20 rumah terlibat sementara tiga blok SJKC Khee Beng, Bukit
Kemuning rosak manakala satu darinya rosak teruk dengan keseluruhan
bumbung asbestos bocor dan rosak.
“Saya
telah memaklumkan kejadian ribut ini kepada Unit Bencana Negeri dan
Pejabat Tanah Daerah Klang akan melakukan siasatan lanjut bagi menilai
kerosakan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada SelangorKini selepas melakukan lawatan
ke lokasi kejadian pagi ini yang turut disertai Pejabat Pendidikan
Daerah Klang.
Mengulas perkembangan sama, Pengerusi Lembaga Pengurus SJKC Khee
Beng, Dato’ Ng Tiong Seng yang turut menyertai tinjauan berpandangan
berkemungkinan besar sesi persekolah tidak dapat diteruskan minggu
hadapan dan peruntukan besar diperlukan bagi membaiki kerosakan akibat
bencana itu.
-nR
No comments:
Post a Comment