Wednesday, January 25, 2017

Umno Makin Mereput : Keserabutan Pemimpinnya yang Takut Hilang Kuasa

 
Oleh  DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR

1. Malaysia dilanda keserabutan politik pemimpin Umno yang begitu takut  kehilangan kuasa yang dimiliki selama lebih 60 tahun serta kecelaruan pemikiran mereka sehingga menjadi 'hantu' mengusik kehidupan rakyat supaya lari meninggalkan khazanah kekayaan untuk diambil mereka.

Berbagai tuduhan liar dibuat Umno kerana sudah rasa terancam.

2. 'Khurafat'  yang mengganggu kehidupan rakyat dengan provokasi perkauman dan pemikiran sempit untuk menakutkan orang Melayu kononnya akan hilang kuasa politik jika PRU 14 UmnoBn kalah ditangan Pakatan Harapan dan PPBM.

" Pemimpin Umno gunakan 'hantu perkauman' untuk menghidupkan kembali karier politik masing-masing yang telah pupus akibat skandal 1MDB dan berbagai lagi masalah yang tidak menguntungkan rakyat serta mengakibatkan kerugian pada negara" .

Najib pada ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno (PAU) telah membaca 'mentera tahyul' dengan mengatakan bahawa segala keistimewaan Melayu, Islam dan Bumiputera akan terhapus dan DAP memerintah negara Malaysia manakala Lim Kit Siang pula sebagai Perdana Menteri, maka gegak gempita ahli Umno menjerit marah dan menangis mengenang nasib masa depan bangsa Melayu.

"Sepatutnya soal beban rakyat yang melibatkan GST,penganguran dan harga barang dibincangkan tetapi Najib hanya menggunakannya sebagai pelantar untuk memperkatakan soal kuasa dan bagaimana cara untuk memfitnah Pakatan Harapan dan PPBM.

Tidak mustahil ahli Umno yang pulang dari PAU bersemangat seperti watak Si Pitung dalam sebuah filem suatu ketika dulu.

Pada ketika itu penonton yang keluar dari panggung wayang selepas menonton filem  Si Pitung semua ingin jadi seperti Si Pitung yang menentang Belanda, begitulah  juga dengan ahli Umno yang dirasuk oleh 'hantu perkauman' untuk mereka menentang DAP.

3. Dalam pada itu tiba-tiba muncul seorang putera raja yang pernah menganggotai Dewan Negara sebagai Senator atas tiket DAP berkata kononnya ada perjanjian bersama antara Tun Dr Mahathir dan Lim Kit Siang yang bersetuju jika Pakatan Harapan dan PPBM memenangi PRU 14 nanti maka Dato' Seri Mukhriz akan menjadi Perdana Menteri dan Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Kenyataan putera raja yang bernama Tunku Aziz ini amat jengkel dan memalukan kerabat  DiRaja.Beliau seolah-olah tidak ikuti ucapan Najib di PAU atau pun Tunku Aziz dah kena 'PAU' dengan Najib?.

4. Dalam beberapa hari kebelakangi ini muncul pula seorang cendekiawan hebat kelahiran Perak dan pernah berkhidmat dengan Universiti Malaya yang bernama Dr Mohd Zuhdi Marzuki mendakwa Tun Mahathir seorang diktator dan Tun Mahathir juga mahu kuasai Pakatan Harapan.

Cendekiawan hebat ini mendakwa Tun Mahathir telah berjaya meletakan dirinya sebagai ketua kepada PPBM dan Pakatan Harapan.Mungkin Dr Mohd Zuhdi terlupa atau buat-buat lupa bahawa sebelum ini beliau juga pernah berkata bahawa DAP yang kuasai Pakatan Harapan.

"Kini Tun Mahathir pula didendangkannya telah kuasai PPBM dan Pakatan Harapan. Oleh itu jikalau ikut hujah Dr Mohd Zuhdi,maka bukan cina DAP bernama Lim Kit Siang yang kuasai Pakatan Harapan dan PPBM".

Adakah akan datang ada pula hujah baru yang mendakwa Tun Mahathir adalah Cina DAP atau diktator jadi 'barua DAP.?

#PolitikPeningLalat
#PauJanganTakPau
#TakMauUmnoBn
#UndiTolakBn
#UmnoDahReput
#RakyatPandaiMenilai
#SelamatkanMalaysia.

* DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR,Ahli Parlimen Pokok Sena

No comments: