shahbudindotcom
Mukhriz
Mahathir secara terbuka mencabar Tunku Aziz Tunku Ibrahim mendedahkan
bukti dan sumber yang dimilikinya berhubung dakwaan beliau adalah calon
Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan berjaya memenangi PRU 14 akan
datang.
Sekiranya
Tunku Aziz gagal berbuat demikian, jelas Mukhriz, pihaknya tidak akan
teragak-agak untuk mengambil tindakan saman berhubung dakwaan mengenai
dirinya yang dianggap fitnah dan palsu.
Tunku
Aziz, bekas Naib Pengerusi DAP yang kini beralih menjadi penyokong dan
pengampu Najib Razak, pada 30 Disember lalu membuat dakwaan bahawa
Mukhriz adalah calon Perdana Menteri yang telah dipersetujui sekiranya
Pakatan Harapan berjaya memenangi PRU 14.
Kata
beliau, persetujuan memilih Mukhriz itu dicapai dalam satu pertemuan
antara Tun Mahathir Mohamad dengan Lim Kit Siang pada 3 Disember lalu.
Sesiapa
pun yang mengikuti perkembangan Pakatan Harapan yang sudah menjalin
kerjasama dengan PPBM, sedar bahawa calon Perdana Menteri belum lagi
diputuskan secara muktamad meskipun gabungan itu semakin menjadi pilihan
rakyat serta kian hampir untuk menumbangkan UMNO dan BN.
Bagi
Pakatan Harapan, persoalan siapa Perdana Menteri tidak perlu keputusan
yang tergesa-gesa kerana keutamaan mereka ialah mengukuhkan kerjasama
untuk mengalahkan UMNO dan BN serta menyingkirkan Najib yang dianggap
beban terbesar dalam sejarah negara.
Kenyataan
pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan dan PPBM mengenainya boleh "digoogle"
dengan mudah untuk membuktikan hakikat itu. Pokoknya, belum ada
persetujuan yang muktamad.
Lantaran
itu, adalah menghairankan bagaimana Tunku Aziz yang bibirnya beratib
memuji Najib sepanjang masa lebih mengetahui siapa calon Perdana Menteri
berbanding pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan sendiri.
Kini
cabaran sudah dibuat oleh Mukhriz kepada Tunku Aziz agar mendedahkan
bukti mengenai dakwaan yang dibuatnya itu atau berdepan tindakan saman
kerana membuat tuduhan yang berupa fitnah dan palsu.
Sebagai
seorang yang dikenali ramai, selalu keluar TV3 dan Utusan Malaysia,
malah berjawatan sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah
SPRM, Tunku Aziz tiada pilihan lain selain mesti berani tampil
mendedahkan bukti-bukti yang ada mengenai dakwaan yang dibuatnya itu.
Oleh
kerana Mukhriz sudah membuat cabaran terbuka, Tunku Aziz juga wajib
membuat pendedahan secara terbuka mengenai bukti atau sumber dakwaannya.
Jika tidak, tiada harga jawatan yang disandangnya itu.
Dalam
kes seperti ini, jika Tunku Aziz mengatakan sedia disaman dan enggan
mendedahkan bukti atau sumbernya kecuali di mahkamah, beliau sebenarnya
hanya menunjukkan ketidakmampuan untuk membuktikan segala dakwaannya itu
dengan cuba berlindung di sebalik proses undang-undang yang mungkin
memakan masa dan boleh dilengah-lengahkan untuk menyelamatkannya
daripada menunjukkan keberanian.
Hakikatnya, buat apa tunggu disaman jika bukti sudah ada dalam tangan?
Malah,
jika dapat mendedahkan bukti dan sumbernya, Tunku Aziz berupaya
memecah-belahkan Pakatan Harapan dan dengan sendirinya memberikan
sumbangan besar dalam memastikan kedudukan Najib dapat diselamatkan.
Seperti
WSJ yang membuat dakwaan bahawa Najib menerima RM2.6 bilion wang 1MDB,
tetapi kemudian mendedahkan satu persatu bukti dan slip bank
mengenainya, ia akhirnya sehingga kini membuatkan ancaman saman hari
Selasa tidak menjadi kenyataan.
Begitu juga dengan Tunku Aziz, jika berani membuat dakwaan, maka mestilah berani juga mendedahkan bukti-bukti yang dimilikinya.
No comments:
Post a Comment