Roketkini.com
IPOH: Dengan pembentangan Rancangan Malaysia ke 11 (RMK 11) yang tidak mengambil kira harapan rakyat, Wawasan 2020 jelas hanya omong kosong, kata Ahli Parlimen Batu Gajah V Sivakumar.
“RMK-11 adalah pusingan akhir untuk merealisasikan matlamat Wawasan 2020, tapi kita dapat lihat ekonomi negara tercungap-cungap dalam pusingan akhir ini.
“Saya berpendapat kerajaan akan gagal mencapai Wawasan 2020.
“Saya tidak yakin kita boleh mencapai aspirasi itu di bawah pentadbiran BN, kerana terdapat banyak kelemahan dalam soal pentadbiran negara terutamanya soal pengurusan ekonomi,” katanya dalam kenyataan.
Wawasan 2020 dilancarkan pada 1991 oleh Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir, akan berakhir dalam tempoh lima tahun lagi dengan matlamat menjadikan Malaysia negara maju.
Mengulas lanjut, Sivakumar yang juga Setiausaha Antarabangsa DAP menegaskan, realitinya Malaysia dilanda kemelut ekonomi serius.
Akibatnya kata Sivakumar, kerajaan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang jelas membebankan rakyat.
“Tindakan tidak popular ini terpaksa dilaksana kerajaan untuk menyelesaikan beban kewangan.
“Pasaran saham tidak menentu juga merupakan satu lagi penanda aras membuktikan ekonomi negara semakin lemah,” ujar beliau. -Roketkini.com
1 ulasan:
http://myfunnyvideo.org/
Recommended Youtube Video For You!
* Tarian Giler
* Siapa tak ketawa memang tak normal
* Pembaca Berita Terlampau
* Cuba Jgn Gelak
Catat Ulasan