Noh Omar
SHAH ALAM – Umno
boleh lumpuh jika akar umbi diketepikan kerana golongan itu adalah nyawa
kepada perjuangan parti selama ini, kata Pengerusi Umno Selangor, Datuk
Seri Noh Omar.
Beliau berkata, Umno berdepan cabaran untuk mendapatkan semula keyakinan dan sokongan golongan muda di kalangan masyarakat Melayu.
“Sempena Hari Umno, parti harus terus mendekati akar umbi kerana ia adalah teras kekuatan parti.
“Saya tidak setuju golongan muda secara total menolak Umno, itu pendapat yang tidak betul kerana masih ramai yang menyokong, mendampingi serta melibatkan diri dalam program Umno.
"Ramai juga golongan muda atas pagar yang sedang memerhatikan gelagat kita, sama ada Umno ini benar-benar mendengar suara mereka atau tidak,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Beliau turut merujuk kepada amanat Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menekankan pentingnya semua ahli melakukan transformasi.
"Seiring dengan usia parti yang semakin matang, Umno juga perlu memastikan pewaris yang bakal menjadi nakhodanya tidak sesekali melupakan asas serta dasar perjuangannya,” katanya.
Justeru itu katanya, semua ahli Umno perlu mengambil semangat dari sambutan Hari Umno ke-69 untuk sepakat memperjuangkan Umno dan BN dalam pilihan raya umum akan datang sekali gus menawan kembali negeri Selangor.
"Umno yang mula-mula naikkan Selangor, sudah tentu kita mahu kembalikan negeri yang kita bangunkan ini. Berdoalah semoga ALLAH memberkati perjuangan Umno ini," katanya.
Beliau dalam pada itu menegaskan. Umno Selangor akan terus berdiri teguh di belakang presidennya meskipun pemimpin itu dipalit pelbagai kontroversi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan