masa buat beliau ketika memerintah Malaysia tetapi ranjau sudah mula ditemuinya pada ketika ini.
Nah….hari ini, satu demi satu ahli
lembaga pengarah bagi syarikat besar bernama Malaysia termasuklah Tun Dr
Mahathir bersama-sama kalangan dan kumpulan yang tidak berpuas hati
dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai CEO mereka sekarang
ini, bangkit dan mahu Najib Razak letak jawatan. Apa pula respon anda?
Senarai Kejayaan Najib Razak Sebagai Perdana Menteri?
BACA SINI : Skim Rumah Pertamaku Dinaikkan Had Maksimum Daripada RM220K kepada RM400K. Patutkah?BACA SINI : Nisbah Hutang Isi Rumah di Malaysia VS Pendapatan Boleh Guna (146%). Singapore, Korea Selatan, US, UK Pun Kalah. Kenaikan Harga Rumah (2007 – 2Q2014) Naik 67%!
- Kenaikan harga rumah naik tanpa kawalan yang membela nasib rakyat Malaysia. Rumah mampu milik RM400,000 ke bawah sepertimana diumumkan oleh Najib Razak adalah kegagalan yang dilakukannya sehingga diambil kesempatan oleh kapitalis hartanah
- Masih tidak kelihatan lagi keberanian Najib Razak untuk berhadapan dengan rakyat bagi menerangkan isu semasa yang berlegar di Malaysia. Debat bukan budaya kita hendaknya.
- Kenaikan hutang kerajaan Malaysia meningkat berkali ganda
- Kenaikan hutang isi rumah meningkat mendadak
- Ciri ketegasan yang perlu ada pada seorang bergelar Perdana Menteri bagi sebuah negara yang berdaulat, tetapi tiada pada Najib Razak. Contohnya, Berita Semasa sehingga ke hari ini tertanya-tanya mengapa kita mahu mengadakan projek keretapi laju perlu mendapat persetujuan Perdana Menteri Singapura. Pelik? Mengapa tidak dibuat sahaja sehingga ke Nusajaya sahaja?
- Skandal 1MDB bernilai RM42 bilion terus menajdi kebimbangan rakyat Malaysia, Tun Mahathir dan juga kalangan pelabur
- Telah menggunapakai konsultan asing yang menelan kos lebih RM7 bilion
- Melantik menteri yang dilihat tiada ciri kepimpinan dan dan kepintaran ketika mentadbir kementerian masing-maisng bagi menjaga kepentingan rakyat di bawah. Contohnya? Ahmad Maslan dan Hasan Malek.
- Lebih suka menabur wang untuk menunjukkan kepada dunia yang rakyat Malaysia, orang kampung menyokong di kaca televisyen setiap kali menyampaikan ucaptama contohnya
- Kita sudah cukup kakitangan kerajaan dan jabatan kerajaan untuk menguruskan negara, tetapi Najib Razak lebih suka menubuhkan lagi agensi lain untuk mengajikan kakitangan luar dengan gaji yang lebih tinggi
- Ada lagi yang anda mahu tambah?
Walauabagaimanapun
berdasarkan pemerhatian Berita Semasa, Najib Razak tetap ada melakukan
beberapa perubahan dan impak kepada negara. Contohnya :
Senarai Kegagalan Najib Razak Sebagai Perdana Menteri?
- Projek mengurangkan kesesakan lalu lintas yang berimpak besar seperti KVMRT (Klang Valley Mass Rapid Transit)
- Penempatan setempat agensi-agensi yang yang seringkali rakyat Malaysia berurusan di bawah satu bumbung yang mana dipanggil UTC
- Berbanding Perdana Menteri Malaysia sebelumnya, tidak dinafikan Najib Razak antara yang kerapkali memberikan tumpuan kepada pembangunan negeri Sabah dan Sarawak.
- Najib Razak dilihat serius untuk meningkatkan potensi dalam industri ICT di Malaysia sekaligus mampu meningkatkan peratusan KDNK dari sektor perkhidmatan.
- Pemerhatian anda pula?
Apa pula respon anda disebalik kejayaan
dan kegagalan Najib Razak selama memerintah Malaysia selama lebih
enam tahun? Anda mahu tambah senaraiannya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan