MALAYSIAKINI
Tiada unsur khianat atau sabotaj berhubung kejadian pintu cermin utama yang pecah di pejabat Tabung Haji Kangar, Perlis.
Penolong Ketua Sekretariat Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP
Datin Asmawati Ahmad berkata, pintu cermin utama pejabat Tabung Haji itu
pecah pada malam tadi disebabkan cermin tersebut longgar ketika anggota
polis bantuan ingin menutup pintu tersebut.
Malah, menurutnya, tiada laporan polis dibuat berhubung kejadian
tersebut memandangkan ia tidak membabitkan perbuatan atau elemen
jenayah.
"Tiada unsur-unsur khianat atau sabotaj. Cermin pecah sebab anggota
polis bantuan hendak tutup pintu. Dilaporkan cermin itu longgar.
Kejadian berlaku 11 jam yang lalu dan tidak dibuat laporan polis kerana
tidak membabitkan perbuatan atau elemen jenayah.
"Orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi liar mengenai kejadian ini," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Hari ini satu gambar pintu cermin utama pejabat Tabung Haji di Kangar tersebar di laman sosial.
Lembaga Tabung Haji kini menjadi perhatian berikutan isu pembelian tanah
daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di pusat kewangan Tun Razak
Exchange (TRX) yang sedang dibangunkan.
Bagaimanapun, Tabung Haji kemudian membuat keputusan untuk menjual semula tanah tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan