MALAYSIAKINI
Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menempelak bekas
pemimpin Umno Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan hari ini kerana
gagal memahami logik cabarannya untuk Tun Dr Mahathir bertanding
menentang perdana menteri di Pekan.
Kata Mohamed Nazri, pihak yang bersungguh-sungguh mahu menyingkirkan
Datuk Seri Najib Razak ialah Dr Mahathir sendiri dan bukan sebaliknya.
"Jika beliau (Dr Mahathir) mahu menggulingkan Najib, ada cara demokratik yang boleh digunakan.
"Dia perlu datang mencabar di tempat Najib," kata Mohamed Nazri.
Ditemui di Subang ketika menyambut Dr Mahathir pulang daripada mengerjakan umrah semalam, Khairuddin (gambar) berkata, Nazri wajar menasihati Najib supaya bertanding dalam pilihan raya menentang Dr Mahathir di tempat berkecuali.
Kata Khairuddin, Nazri tidak sepatutnya mencabar Dr Mahathir untuk melawan Najib di kubu kuat perdana menteri itu di Pekan.
Menurut Nazri, tidak ada sebab mengapa Najib perlu bertanding di kawasan
lain kerana pihak yang ingin menyingkirkan beliau adalah Dr Mahathir.
"Dr Mahathir yang pelru datang mencabar Najib di Pekan," katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Nazri turut menyentuh status Khairuddin yang diisytihar muflis sehingga
hilang kelayakannya sebagai salah seorang pemimpin Umno Batu Kawan.
"Khairuddin bukan saja ahli politik yang muflis. Berniaga muflis, idea pun muflis," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan