MSO
Perang antara Mahathir Mohamad dengan Najib Razak masih
berterusan. Kini giliran Najib pula menjadi hilang sabar dengan terus
mengkritik Mahathir sampai mendedahkan apa yang ada dalam kain. Terbaru,
Najib mendedahkan macam mana Mahathir menjadi seorang presiden Umno
yang hebat dengan menggunakan tektik mengubah perlembagaan parti untuk
mengekalkan kedudukannya sebagai presiden Umno.
Kenyataan dan dakwaah Najib itu menunjukkan Mahathir seorang autokrasi.
Katanya, Mahathir selamat menjadi presiden Umno selama 22 tahun apabila
dia menggunakan sistem kouta dan bonos dalam pemilihan Umno. Mulanya
perlembagaan Umno mengenakan bonos kepada mereka yang dicalonkan untuk
merebut jawatan presiden, timbalan presiden dan lain-lain kemudian
selepas itu dikenakan syarat seseorang yang hendak bertanding jawatan
presiden mesti mendapat pencalonan sebanyak 63 bahagian. Keadaan ini
dinamakan sistem kouta.
Tempelak Najib kalau cara yang diamalkan Mahathir itu dia lakukan dia juga akan dapat jadi presiden Umno selama 22 tahun.
Sebelum ini Najib mendedahkan macam mana pada tahun 1987 dia telah
menyelamatkan Mahathir dari tewas kepada Tengku Razaleigh Hamzah dalam
perlawan merebutan jawatan presiden Umno. Dalam perlawanan itu Mahathir
menang tipis 43 undi apabila Najib yang mulanya menyokong Tengku
Razaleigh berpaling tadah menyokong Mahathir.
Serangan atau pengungkitan Najib kepada Mahathir itu menyebabkan
Mahathir tersendu. Sehari sebelum itu Mahathir cuba mengucar kacirkan
Umno dengan mengumumkan kononya Speaker Dewan Rakyat Pendikar Amin Mulia
telah melepaskan jawatan. Bagaimana pun pengumuman dibuat Mahathir itu
dinafikan oleh Pendikar Amin tidak sampai 48 jam selepas itu.
Mahahtir dan Amin kini berada dalam keadaan tidak hormoni dan umum
sedang menganalisa siapakah antara mereka berdua yang berbohong dan
ingin mengeksploitasikan antara satu sama lain. Pendikar mengakui ada
berjumpa Mahathir tetapi bukan menyatakan hasratnya untuk meninggalkan
Dewan Rakyat. Penafian Pendikar itu disifatkan Mahathir sebagai hendak
memalukannya.
Yang jelasnya perbalahan antara Mahathir dan Najib semakin tegang dan
hangat. Mahathir yang kini sedang diarakkan ke seluruh negara dalam
usaha meraih sokongan rakyat bagi menjatuhkan Najib tidak akan mudah
mengaku kalah. Dia akan terus membedil dan menembak Najib hatta pun
secara rambang dan menggunakan peluru kapur. Begitulah perangai orang
kalau sudah hilang sabar dan kewarasan.
Selepas di Ipoh, khabarnya Mahathir akan dibawa ke Kelantan pula.
Biasalah orang yang memikul dan mendolor Mahathir ke Kelantan itu adalah
"kerbau jantan kelabu" sama yang akan turun sawah tidak kira musim
apabila dia sudah naik minyak atau dikala musim kemarau di mana rumput
kering dan lopak tempat berkubang menjadi kering.
Sekali lagi saya ingin tegaskan, Najib tidak akan mudah turun dan
diturunkan. Seperti mana diakuinya beliau mendapat sokongan padu
daripada kalangan ahli Umno. Saya setuju dengan pengakuannya. Semua
ketua-ketua bahagian bersamanya begitu juga dengan ahli parlimen.
Cadangan untuk mengadakan undi tidak percaya di parlimen ke atas Najib
hanya sia-sia sahaja.
Ada agen dan broker politik kini sedang berusaha mengenapkan lebih
separuh ahli parlimen (112) untuk mengadakan undi tidak pecaya kepada
Najib. Dari satu sumber, agen menyebut mereka hanya memerlukan 12 orang
ahli parlimen sahaja lagi untuk menjatuhkan Najib dalam parlimen. Yang
anihnya agen yang berusaha itu datangnya dari rahang Umno manakala
kekuatan atau kuasa untuk menjatuhkan Najib diharap daripada Pakatan
Rakyat?
Wakil Rakyat yang diharapkan akan mengenapkan angka untuk melakukan undi tidak percaya sebahagian besarnya dari Sabah.
Najib bukan seperti Abdullah Ahmad Badawi yang tidak mahu bergaduh dan
lebih suka mengalah. Mahathir harus tahu kedudukan dan sokongan Najib
dari Umno kuat. Najib bernasib baik kerana kebetulan pimpinan peringkat
bahagian adalah kawan-kawannya semasa dalam pemuda dulu, mereka tidak
akan mengkhianatinya apa lagi bila mereka semua sudah selesa dan
kekeyangan dengan harta yang ada.
Bagi sesetengah ketua Umno atau ahli parlimen belum tentu mereka akan
hidup selesa seperti hari ini, punya wang, kereta besar dan bini banyak
kalau tidak berketuakan Najib.
Memerhati pertelingkahan Najib - Mahathir ini saya menjangkakan tindakan
Mahathir akan menjadi lebih rakus dan dramatik lagi selepas ini. Beliau
akan menggunakan peluru terakhir yang saya sebut sebelum ini. Satu
tindakan yang mungkin dilakukan, ialah mengistyharkan diri keluar
daripada Umno seperti mana yang pernah dibuat pada era Abdullah dahulu.
Untuk menarik simpati ahli Umno dan menyatakan kebencian kepada
Abdullah, Mahathir bersama isterinya bertindak keluar dari Umno, yang
mana diikuti sama oleh Sanusi Junid. Beliau menyertai Umno semula
selepas Abdullah tidak menjadi PM.
Penafian yang dibuat oleh Pendikar Amin Mulia menyebabkan Mahathir
tersinggung dan akan menerbitkan marah yang parah kepada Najib. Keadaan
hari ini Mahathir sudah menjadi Singa tua yang terluka, marah dan
bengisnya sudah melewati kepala tetapi untuk bertindak tidak
berkeupayaan. Maka Najib tidak begitu membimbanginya.
Bagaimana pun kita tunggu permainan dan game kedua mereka seterusnya yang situasinya kini makin menyeronokkan.
1 ulasan:
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4 angka [5435] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA WARSITO,,di no (((085-342-064-735)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 730 JUTA , wassalam.
dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....
Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!
1"Dikejar-kejar hutang
2"Selaluh kalah dalam bermain togel
3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel
4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat
5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..
Solusi yang tepat jangan anda putus asah... KI JAYA WARSITO akan membantu
anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
butuh angka togel 2D ,3D, 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: KI JAYA WARSITO DI NO: [[[085-342-064-735]]]
ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D
ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/
ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/
ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/
ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND
ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D/
DAN PESUGIHAN TUYUL
Catat Ulasan