Rabu, 13 Mei 2015

ADUN Lenggeng diisytihar bankrap

 
ADUN berusia 64 tahun daripada UMNO itu didapati bankrap selepas gagal membayar semula pinjaman kepada ahli perniagaan, Datuk Misran Sukadi.


adun lenggang


SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Ishak Ismail telah diisytiharkan bankrap oleh Mahkamah Tinggi Seremban.

ADUN berusia 64 tahun daripada UMNO itu didapati gagal membayar semula pinjaman kepada ahli perniagaan Datuk Misran Sukadi.

Berikutan itu, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Seremban pada 18 Mac lalu mengeluarkan notis status bankrap Ishak.

Ishak yang dihubungi The Star Online mengesahkan perkara itu.

Ishak bagaimanapun menyatakan pihaknya hanya mendapat perintah mahkamah pada 27 April lalu.

“Peguam saya telah mengemukakan permohonan agar kes ini diketepikan dan akan didengar di Mahkamah Tinggi pada esok (Khamis), ” katanya yang dipercayai menjadi penjamin untuk seorang kontraktor.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan menyatakan status Ishak kekal sehingga keputusan rayuan didengar.

Tiada ulasan: