Isnin, 18 Mei 2015

96 projek Sekolah Agama di Johor gagal diurus

20150517_111709
IMG-20150517-WA0062

Roketkini.com


JOHOR BAHRU,: Ekoran Laporan Ketua Audit Negara yang menyatakan projek membina 96 buah sekolah agama gagal diurus, Pakatan Johor dalam satu kenyataan bersama mendesak Kerajaan Negeri supaya bersikap telus.

Mengikut jadual, projek yang bernilai lebih RM 319.04 juta itu sepatutnya siap dalam tempoh dua tahun sejak 2012.

Namun projek yang dijalankan secara rundingan terus antara Kerajaan Negeri Johor, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Mysysnet Development Sdn Bhd (MDSB) ternyata gagal disiapkan.

Laporan Ketua Audit Negara 2014 mengatakan pengurusan pembinaan sekolah agama tidak diuruskan secara teratur, cekap dan berhemah.

Ini termasuklah pemasangan tidak sempurna. Pemaju tiada pengalaman dan kualiti pembinaan yang tidak memuaskan.

“Buktinya boleh didapati menerusi tinjauan tapak projek pembinaan sekolah agama Taman Bukit Perdana, Sarang Buaya dan Sungai Balang contohnya dalam keadaan usang , tiada pintu dan papan dinding dimamah anai-anai,” kenyataan tersebut dipetik.

Pengumuman penamatan kontrak MDSB oleh Menteri Besar Datuk Seri Khaled Nordin baru-baru ini dan menyatakan projek itu akan diambil alih Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd turut menimbulkan banyak tanda tanya awam.

IMG-20150517-WA0064

Ia termasuklah apakah tindakan yang diambil ke atas pemaju-pemaju yang gagal memenuhi syarat dan gagal menyempurnakan projek mengikut spesifikasi yang digariskan.

“Pakatan Johor mendesak kerajaan negeri segera menyatakan apakah status pemaju yang gagal menyiapkan pembinaan mengikut tempoh yang ditetapkan dan berapakah pertambahan kos bagi baik pulih kerosakan yang dialami?

“(Dan) adakah pemaju yang mengambil alih projek ini dipilih menerusi tender terbuka?” soal kenyataan yang dikeluarkan oleh Adun Penggaram Gan Peck Cheng, Adun Putriwangsa Hj Abdullah Hussin dan Adun Yong Peng Chew Peck Choo. – Roketkini.com


Tiada ulasan: