shahbudindotcom
Setelah
berbulan-bulan Najib Razak menjadi bahan asakan mengenai 1MDB dan semua
persoalan hanya ditujukan kepadanya untuk memberikan jawapan, kini
nampaknya giliran Muhyiddin Yassin sebagai orang nombor dua dalam parti
dan kerajaan pula harus menjawab mengenai pendiriannya.
Atas
kedudukannya sebagai salah seorang anggota kabinet yang memikul konsep
tanggungjawab bersama, semua persoalan yang berlaku dalam negara tidak
membenarkan mereka memilih untuk berdiam diri atau memberitahu tidak
tahu mengenainya.
Jika
sebagai Timbalan Presiden UMNO, sebagaimana ucapannya dalam video yang
sudah tersebar luas, Muhyiddin mahukan Lembaga Pengarah 1MDB dipecat dan
disusuli dengan tindakan polis melakukan penyiasatan, begitu juga
ketika menyatakan sokongan kepada Najib dalam mesyuarat MT UMNO,
pendirian beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri sebenarnya lebih
ditunggu-tunggu memandangkan kemelut dalam syarikat pelaburan itu telah
menimbulkan kebimbangan kepada seluruh rakyat.
Ini
kerana berbanding pendiriannya dalam UMNO yang hanya mewakili
kepentingan 3.6 juta ahli, kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri
adalah mewakili lebih 30 juta rakyat keseluruhannya.
Dua
hari lalu, Tengku Razaleigh Hamzah telah menyatakan bahawa persoalan
1MDB tidak seharusnya menjadi beban kepada Najib seorang, tetapi
keseluruhan anggota kabinet mesti memikulnya bersama.
Katanya,
dengan kedudukan kabinet yang memikul tanggungjawab bersama mewakili
kepentingan rakyat, tidak harus ada mana-mana anggotanya mengatakan
mereka tidak tahu atau tidak terlibat dalam kemelut 1MDB ini.
Sebagai
anggota veteran UMNO yang pernah meletakkan jawatan dalam kabinet
kerana tidak bersetuju dengan kepimpinan dan beberapa dasar Tun Mahathir
pada 1986, pandangan Tengku Razaleigh ternyata ada benarnya,
lebih-lebih lagi beliau telah menunjukkan teladan dalam hal itu.
Pengerusi
BNBBC, Shahrir Samad turut bersetuju dengan pandangan Tengku Razaleigh
itu, malah menambah jika mereka tidak tahu atau tidak faham mengenai
sesuatu itu, mereka patut bertanya lagi dan lagi sehingga benar-benar
memahaminya.
Merujuk
kepada keputusan kabinet sebelum ini yang bersetuju persoalan 1MDB
diserahkan kepada Ketua Audit Negara dan PAC untuk penilaian akaun dan
menentukan kecelaruannya, Shahrir menambah, menteri seharusnya
meletakkan jawatan jika tidak bersetuju dengan keputusan kolektif yang
telah dibuat.
Dalam
masa yang sama, Shahrir yang dikenali sebagai penyokong Najib dan tidak
sehaluan dengan Muhyiddin sejak dulu lagi, juga mahukan Timbalan
Perdana Menteri menyatakan pendiriannya sebenarnya mengenai 1MDB ini.
Tidak
diragui lagi, gesaan Shahrir ini adalah berkaitan dengan ucapan
Muhyiddin dalam majlis tertutup UMNO di Janda Baik sebagaimana videonya
telah tersebar luas dan juga kenyataannya di Milan, Italy yang
menyatakan beliau menghadapi kesukaran menjawab mengenai 1MDB kerana
tidak mengetahui banyak perkara mengenainya.
Apa
yang terpampang selama ini lebih merupakan kenyataan Muhyiddin sebagai
pemimpin UMNO berbanding kedudukannya sebagai anggota kabinet. Dan
pendiriannya sebagai pemimpin UMNO itu jelas menggambarkan kebimbangan
dan ketegasannya terhadap kemelut 1MDB itu.
Jika
benar juga beberapa dakwaan bahawa banyak persoalan mengenai 1MDB
selama ini tidak dibawa atau dimaklumkan kepada kabinet, menteri
seharusnya bersikap lebih sensitif dan bertanyakan kepada Perdana
Menteri berkaitannya.
Dengan
pandangan Ku Li dan Shahrir bahawa anggota kabinet tidak boleh lepas
tangan dalam isu 1MDB ini atau bercakap dengan nada berbeza sebagai
pemimpin UMNO dan anggota kabinet, yang paling utama perlu tampil
menyatakan pendiriannya ialah Muhyiddin sendiri.
Ini
lantaran beliau terlihat paling lantang dan berbeza pendirian dengan
Najib dalam isu 1MDB ini. Pendiriannya pula membawa nada harapan kepada
rakyat.
Begitu
juga dengan cadangannya agar Lembaga Pengarah 1MDB dipecat dan polis
dibenarkan masuk menjalankan siasatan, Muhyiddin juga harus bertegas
apakah beliau boleh berdiam diri saja walaupun tidak ternampak
tanda-tanda Najib mahu mengambil kira pandangannya itu, meskipun
berkedudukan nombor dua dalam parti.
Jika
benar sebagai pejuang yang hanya takut kepada Allah saja, sebenarnya
tiada ruang lagi untuk Muhyiddin terus berlengah dan "bermain selamat"
dalam isu 1MDB ini. Setuju atau tidak setuju mesti dinyatakan dengan
jelas dan tidak seharusnya keberanian bersuara hanya dalam parti tetapi
dilihat berbeza sebagai anggota kabinet.
Selepas itu, rakyat akan menilai sama ada beliau sebenarnya takutkan Allah atau sayangkan jawatannya.
1 ulasan:
saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi mencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama MBAH BAKARO dan dia memberikan nomor MBAH BAKARO,dia bilan kepada saya kalau MBAH BAKARO bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi MBAH BAKARO dan dengan senan hati MBAH BAKARO ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH BAKARO di 082=333=348=575 saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan MBAH BAKARO dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya.. ATAU LANGSUNG AJA >>KLIK DISINI LANGSUNG BOCORAN HASIL RITUAL<<<
atau klik langsung LHAT LAMAN MBAH DI FB >>KLIK DISINI <<<
INGAT MBAH BAKARO HANYA MEMBUTUHKAN ORANG YANG BENAR BENAR SERIUS DAN PERCAYA SAMA BLIU

Catat Ulasan