sakmongkol.blogspot
1MDB ialah
sebuah lubang hitam dalam cakrawala negara kita. Dan lubang hitam ini diujudkan
oleh PM Najib Tun Razak.
Dia dan lembaga pengarah, sebelum dan sekarang, semua
bertanggung jawab keatas musibah kewangan yang melanda negara.
Ia melanda
negara sebab kerajaan menjamin banyak hutang yang diambil oleh syarikat
persendirian ini. Kerajaan tidak ada bisness untuk membantu syarikat yang bukan
GLC, bukan badan berkanun dan bukan milik negara.
Kenapa PM jadi
penasihat dan kenapa kerajaaan menyokong sangat syarikat ini?
Akhirnya, rakyat Malaysia melalui kecuaian dan kebodohan menteri kewangan di tipu oleh beberapa
orang Cina yang dketuai oleh Jho Low, Li Lin Sit, Patrick Mahoney dan Tarek
Obaid. List penyangak ini belum muktamad sehingga suatu penyiasatan terperinci
dilakukan.
Sejak dari mula
1MDB ialah syarikat shell atau kosong yang diujud untuk membalun duit Malaysia.
Dari mula ketika membuat suatu JV dengan PetroSaudi, 1MDB melabur sebanyak USD1
billion yang kesemua nya, akhir nya, masuk dalam akaun yang dkuasai oleh Jho
Low.
Dan ini perkara
yang semua rakyat Malaysia mesti tahu. CEO 1MDB tidak boleh meluluskan
pemindahan USD1 billion kemana mana tanpa persetujuan lembaga pengarah. Ini bererti
lembaga pengarah semua bersalah dan bertanggung jawab.
Saya sangat berharap, lembaga pengarah
tidak akan kata bahawa mereka mendapat arahan. Sebab hanya yang boleh
beri arahan ialah penasihat 1MDB iaitu PM sendiri.
Jika di negara
Cina, semua mereka ini, lupakan jika mereka Melayu- akan dibariskan depan
penembak. Kalau di Korea Utara akan di tembak dengan anti-aircraft gun.
Dan kerajaan
sendiri- mengapa menjamin peneribitan bon yang pertama iaitu sebanyak RM5
billion untuk 30 tahun pada kadar kupon 5.75%?
Jaminan kerajaan ini adakah
ianya dululus oleh cabinet?
Jika cabinet tidak tahu, maka yang membuat keputusan
mengenai kewangan ini ialah menteri kewangan Malaysia. Menteri iu ialah Naib
Tun Razak. Dia mesti bertanggung jawab.
Jaminan kerajaan
Malaysia bukan UMNO dan BN punya. Ia melibatkan seluruh rakyat Malaysia. Sebab jika
1MDB tidak mampu bayar mana2 terbitan bon dan hutang yang dijamin oleh kerajaan,
maka kerajaan akan bayar dengan duit rakyat.
Mengapa membiarkan
negara ditipu oleh jho low dan rakan2 nya dengan mereka mencipta dan membuat
akuan palsu bahawa petrosaudi mempunyai telaga minyak di Turkemenistan dan lain2
tempat? Sedangkan pada kebenaran nya, mereka tidak mempunyai apa apa asset
lansung.
Mengapa USD 1
billion atau lebih, yakni bahagian pelaburan dari 1MDB ditukar menjadi hutang kepada
petrosaudi?Kenapa tidak ambil tindakan undang2 untuk mendapatkan wang ini?
Sudahlah ditukar
menjadi hutang apabila tenyata, Petrosaudi hanya shell company yang tidak ada asset
apa2, ada pula perjanjian yang 1MDB mesti memberi pinjaman kepada Petrosaudi.
Dato Najib tidak
perlu berdolak dalih lagi. 1MDB is a scam job untuk balun duit rakyat. Ada kes
outright embezzlement apabila USD 1 billion atau lebih dibenarkan berpindah
kedalam akaun yang dikuasai oleh JHo Low.
Scam ini tidak
akan berjaya tanpa collusion antara mereka yang ada kuasa- mungkin dari
penasihat, lembaga pengarah semestinya dan juga pegawai2 eksekutif 1MDB.
Orang2 ini,
mesti disiasat dan jika mana2 didapati melakukan salah laku penipuan dan pencurian wang, mesti di hukum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan