Putus cinta: Zizan kunci mulut Zizan
 
 
BAGAI tiada kesudahan. Begitulah yang dapat digambarkan mengenai kontroversi demi kontroversi yang melanda seleberiti serba boleh, Zizan Razak.
 
Belum pun reda dengan beberapa isu, nama Zizan terus dihimpit kontroversi apabila dikatakan mempunyai hubungan bersama pegawai di Astro, sehingga menjadi punca keretakan hubungan  bersama kekasihnya, Emma Maembong.
 
Justeru peluang bertemunya di majlis tayangan perdana filem Cicakman 3 semalam digunakam pihak media untuk mendapatkan penjelasan sebenar darinya.
 
Tatkala di tebak mengenai hubungannya dengan Emma, Zizan dengan tegas enggan lagi bercakap mengenai soal cintanya itu.
 
“Untuk isu ini saya nak tutup mulut dahulu,” katanya ringkas.
 
Namun apabila ditanya mengenai hubungan cintanya bersama pegawai Astro, Zizan sekali lagi menegaskan bahawa ianya hanyalah fitnah.
 
 
“Saya rasa isu ini kelakar dan mengarut. Malah saya tak tahu macam mana benda ini wujud. Saya anggap orang itu (pegawai Astro) seperti kakak saya. 
 
"Kalau di tempat kerja dialah bos saya. Jadi saya tak tahu apa dan bagaimana isu ini boleh timbul. Macam Yasmin (pegawai Astro) cakap itu adalah satu fitnah dan saya tidak mahu ia diperbesarkan lagi," jelasnya.