MALAYSIAKINI
Kerajaan Selangor meminta agar kerajaan pusat tidak menimbulkan sebarang
isu berhubung slogan “#KitaLawan” yang akan digunakan pasukan negeri
itu dalam temasya SUKMA 2016 di Sarawak tahun depan.
"Kita gunakan (slogan) 'ini kalilah' pada 2013 dan prestasi kita baik.
Mereka tidak bangkitkan masalah,” kata exconya, Amirudin Shari.
Ungkapan “ini kalilah” sering digunakan sebagai slogan anti-BN dari
kalangan aktivis Sabah semasa kempen pilihan raya umum ke-13 pada Mei
2013.
Slogan yang digunakan oleh pasukan Selangor ke SUKMA pada tahun itu adalah “Kali inilah”.
Beliau menjawab kenyataan dari Majlis Sukan Negara (MSN) dan juga
Timbalan Mentgeri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan yang menggesa
kerajaan Selangor tidak menggunakan slogan "#KitaLawan" kerana didakwa
bersifat politik.
Mengulas perkara itu, Amirudin berkata, NSC dan Saravanan terlalu sensitif dalam isu berkenaan tanpa sebarang alasan munasabah.
"Apa yang kita lakukan adalah melancarkan satu logo dan slogan. Ini
hanyalah tiga peratus daripada keseluruhan persiapan kita. Perkara ini
mungkin berubah sebelum 2016.
"Jadi buat masa ini, saya tidak mahu buang masa dengan para pengkritik.
Saya mahu fokus perhatian pada pembangunan sukan di Selangor dan
persediaan untuk SUKMA,” katanya.
Kita Lawan merupakan slogan bagi kumpulan aktivis yang mengadakan
perhimpunan setiap hari Sabtu di Kuala Lumpur sejak ketua umum PKR Datuk
Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan pada 10 Februari.
Kini, ia berkembang daripada satu kumpulan yang mendesak Anwar
dibebaskan menjadi pergerakan yang mendesak Ketua Polis Negara, Tan Sri
Khalid Abu Bakar dipecat, dan juga pemansuhan Cukai Barangan dan
Perkhidmatan (GST).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan