MALAYSIAKINI
Pemimpin pembangkang menggesa Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni
Hanadzlah memperbetulkan kenyataan berhubung kemungkinan penjualan aset
tenaga 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Edra Global Energy Berhad.
Husni di tahun lepas memberitahu Dewan Rakyat bahawa CIMB Group dilantik
oleh 1MDB untuk membuat penilaian pihak ketiga berhubung asetnya untuk
tawaran awam awal (IPO).
Bagaimanapun,
CIMB pada hari berikutnya mengeluarkan kenyataan bahawa mereka
ditugaskan untuk “mencari pelabur strategik untuk kemungkinan penjualan
Edra Global Energy Berhad”.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua (kanan) berkata Husni salah dengan mengelirukan Dewan Rakyat semasa ucapan penggulungannya.
“CIMB jelaskan bahawa peranan mereka untuk mencari pelabur untuk Edra. Ia tiada kena mengena dengan IPO.
“CIMB tidak berminat dengan IPO lagi,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Pua berkata Husni masih mempunyai dua hari lagi untuk membetulkan kesilapan itu.
“Beliau patut datang ke Parlimen untuk menjelaskan kenyataannya secara langsung atau melalui jawatan kementerian.
“Jika tidak kami akan usulkan untuk merujuknya ke jawatankuasa hak dan kebebasan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan