MALAYSIAKINI
Polis gagal memperolehi perintah reman untuk menahan tiga editor The Malaysian Insider (TMI) selepas menahan mereka semalam.
Peguam Syahredzan Johan berkata editor urusan Lionel Morais, editor
rencana Zulkifli Sulong dan editor berita Amin Shah Iskandar akan
dibebaskan jam 7 petang ini.
Dalam akaun Twitternya, pengamal undang-undang itu menulis permohonan
reman untuk Morais, Zulkifli dan Amin dinafikan oleh majistret Tuan
Nazri Omran.
Permohonan reman didengar di ibu pejabat polis Dang Wangi pagi ini.
Polis bagaimanapun masih menahan pemimpin syarikat induknya Ho Kay Tat dan ketua pegawai eksekutif portal tersebut, Jahabar Sadiq.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan