MALAYSIAKINI
PKR telah mengarahkan pemimpin parti itu supaya menggerakkan anggotanya
untuk menghadiri perhimpunan Kita Lawan di Kuala Lumpur Sabtu ini.
Dalam satu kenyataan semalam, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata
PKR komited sepenuhnya terhadap perhimpunan tersebut, yang dianjurkan
oleh pelbagai NGO.
PKR,
katanya, berharap semua rakyat Malaysia yang cintakan keadilan supaya
menyertai perhimpunan itu untuk menyuarakan hak mereka sebagai rakyat.
Katanya, PKR juga berharap pihak berkuasa tidak cuba menghalang hak mereka untuk berhimpun secara aman.
Rafizi berkata, perjuangan Kita Lawan adalah selaras dengan pendirian
PKR untuk melindung rakyat terhadap pelaksanaan Cukai Barangan dan
Perkhidmatan (GST), skandal 1MDB, penyalahgunaan Akta Hasutan 1948 dan
percubaan polis untuk menyekat kebebasan berhimpun.
Sejak pemenjaraan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10
Februari, aktivis telah berkumpul di pusat membeli-belah Sogo setiap
petang Sabtu untuk menuntut pembebasannya.
Kempen terkini Kita Lawan melibatkan desakan pemecatan Ketua Polis
Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan menggesa Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Abdul Razak supaya berundur.
Perhimpunan pada hari Sabtu itu berkebetulan dengan majlis perkahwinan
untuk anak perempuan Najib,di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Polis menangkap lebih enam aktivis dan pemimpin pembangkang selepas
perhimpunan besar-besaran yang menyaksikan perarakan 10,000 peserta dari
Sogo ke KLCC pada 7 Mac.
Semalam, enam lagi ditahan semasa protes duduk berehampiran Dataran Merdeka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan