MALAYSIAKINI
Lembaga Pengampunan telah melupuskan (disposed) petisyen dari keluarga
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ia nampaknya bukan satu berita baik untuk
ketua pembangkang itu.
Bagaimanapun, peguam Anwar N Surendran tidak mahu mendedahkan apa
keputusan tersebut, sementara menunggu pengesahan di Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur pada hari Rabu.
Ketika ditemui, Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh memberitahu
pemberita petisyen itu telah dilupuskan (disposed), dan dengan itu,
kedudukan perlembagaan adalah jelas mengenai perkara itu.
Tambahnya, afidavit yang dibuat oleh Ketua Pengarah Bahagian
Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri telah dihantar kepada pemohon.
Ketua pengarah adalah sebahagian daripada urusetia Lembaga Pengampunan, yang dipengerusikan oleh Yang di-Petuan Agong.
Dengan ini, permohonan Anwar untuk mendapatkan pengampunan mungkin
ditolak dan akan menjalani hukuman lima tahun penjara selepas disabitkan
atas tuduhan liwat.
Ini juga bermakna bahawa kerusi Parlimen Permatang Pauh yang diwakilinya akan diisytiharkan kosong tidak lama lagi.
Keputusan itu disampaikan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,
Datuk Asmabi Mohamad dalam kamar, yang kemudian menetapkan Rabu ini
untuk pengesahan lanjut.
Hari ini pada mulanya ditetapkan untuk mendengar permohonan Anwar untuk
mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman bagi menghadiri sidang
parlimen yang berakhir pada 9 April.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan