SHAH ALAM: Rumah ibu bapa kepada Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh dimasuki lima penyamun bersenjatakan parang.
Dalam kejadian itu, ayah dan adik lelakinya diikat, namun tidak diberitahu apakah status keselamatan mereka.
"Lima lelaki bertopeng bersenjatakan parang memecah masuk rumah ibu bapa saya di USJ.
"Ayah dan adik lelaki saya diikat," ujar Hannah menerusi laman mikro Twitternya, pagi ini.
Hannah juga tidak memaklumkan jumlah kerugian yang ditanggung akibat kejadian itu.
Menjelaskan lebih lanjut insiden itu di Facebook, Yeoh yang juga ADUN
Subang berkata, lima lelaki itu menggunakan topeng dan sarung tangan
ketika merompak rumah ibu bapanya pada 10.00 pagi hari ini.
"Ibu saya, pembantu rumah dan nenek saudara dan anak buah dipaksa
menutup kepala mereka dengan selimut ketika sekumpulan lelaki terbabit
menggeledah rumah selama lebih kurang 15-20 minit.
"Syukurlah keluarga saya tidak tercedera," tulisnya.
Yeoh turut mempersoalkan polis kerana gagal menjadikan Malaysia sebuah negara yang selamat didiami.
"Jenayah seperti ini masih menjadi kebimbangan utama rakyat Malaysia.
"Kami mahu Malaysia yang lebih selamat dan ini memerlukan sumber polis digunakan sebaiknya untuk memerangi jenayah," katanya.
Khalid ketika ditemui pemberita di Kuala Lumpur hari ini berkata, Yeoh
perlu membuat laporan polis bagi membolehkan pihak berkuasa melakukan
siasatan.
"Buatlah laporan polis dulu," kata Khalid kepada pemberita hari ini.
Yeoh kemudian memberitahu The Malaysian Insider laporan polis sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di USJ 8.
"Kenyataan diambil. Polis sudah datang ke rumah," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan