shahbudindotcom
Malam
semalam telah berlangsung forum "Bicara Masa Depan Ekonomi Malaysia"
anjuran sebuah NGO, Pertubuhan Anak Muda Prihatin Darul Ehsan di Dewan
MBSA, Bukit Naga, Shah Alam.
Forum
disertai oleh dua ahli panel iaitu Naib Presiden Pas, Husam Musa dan
Tokoh Wartawan Negara, A Kadir Jasin. Moderatornya pula ialah bekas Ahli
Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof.
Menariknya
ketiga-tiga mereka datang daripada parti yang berbeza iaitu Husam
daripada Pas, A Kadir Jasin seorang ahli UMNO manakala Yusmadi daripada
PKR.
Walaupun
tajuk yang dipilih berkaitan ekonomi Malaysia, tetapi tumpuan
perbincangan lebih mengkhusus kepada isu 1MDB yang sejak beberapa bulan
lalu semakin menjadi perbualan ramai.
Husam
dalam ucapannya menekankan bahawa 1MDB adalah isu penting yang harus
diambil perhatian oleh seluruh anggota masyarakat kerana ia sudah
menjadi beban yang memberi kesan kepada semua rakyat.
Katanya,
beban 1MDB adalah hutang yang bukan saja ditanggung oleh generasi
sekarang, tetapi juga bakal berlarutan sehingga generasi yang
seterusnya.
Beliau
juga menimbulkan persoalan, apakah isu yang melanda 1MDB bakal
menyerupai seperti skandal PKFZ di mana semua yang pernah didakwa
akhirnya terlepas, namun wang berbilion ringgit yang dipersoalkan lesap
begitu saja.
Husam
turut membangkitkan soal pencanggahan kepentingan melibatkan Najib
Razak yang menjadi Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi
Lembaga Penasihat 1MDB dalam waktu yang sama, manakala wang yang banyak
dipinjam pula adalah daripada KWSP, KWAP dan sebagainya yang terletak di
bawah Kementerian Kewangan.
Ketika
menjawab pertanyaan peserta pula, Husam menyatakan kesediaan untuk
turun bersama-sama dengan rakyat untuk menuntut penyiasatan yang telus
dan menyeluruh berkaitan isu demi isu melibatkan 1MDB ini, termasuk juga
menghantar petisyen kepada Senat AS agar syarikat yang didaftarkan di
negara itu yang didakwa terlibat dalam urusniaganya hendaklah juga
diaudit sama.
A
Kadir Jasin pula menyatakan, walaupun 1MDB dikatakan sebagai syarikat
pelaburan strategik kerajaan tetapi bidang pelaburan yang diceburinya
seperti janakuasa bukanlah suatu bidang perniagaan yang baru.
Lebih
malang, tegasnya, pelaburan dalam pembekal janakuasa bebas atau IPP itu
tidak saja dibuat dengan harga lebih tinggi daripada pasaran, bahkan
juga ketika kontraknya dengan TNB sudah hampir tamat tempohnya.
Sehubungan
itu, katanya, pelaburan dan hutang 1MDB yang tinggi dan sebahagiannya
dijamin oleh kerajaan bukan isu yang boleh dipandang ringan oleh rakyat.
Perjuangan
menuntut penyiasatan yang bebas dan menyeluruh berkaitan 1MDB ini
seharusnya juga melepasi sempadan parti dan melibatkan semua pihak yang
sayangkan negara ini, tambah beliau yang juga merupakan bekas Ketua
Pengarang NSTP.
Dengan
tegas, A Kadir Jasin menyatakan mereka yang bertanggungjawab dalam
pelaburan meragukan dan hutang yang tinggi dalam 1MDB seharusnya diambil
tindakan yang sewajarnya.
Berkenaan
konflik kepentingan, A Kadir Jasin menyatakan beliau berulangkali
menyatakan kedudukan Perdana Menteri memegang jawatan Menteri Kewangan
secara serentak lebih mendedahkan kepada berlakunya amalan itu.
Secara
umumnya peserta yang hadir amat berpuas hati dengan forum ini dan
berharap ia sentiasa diadakan dari semasa ke semasa bagi memberi lebih
pendedahan kepada rakyat berkaitan isu-isu ekonomi negara. ( SH
28/03/2015 )
Husam Musa dan A Kadir Jasin sebagai ahli panel manakala Yusmadi sebagai moderator...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan