Siasatan awal mendedahkan suspek memasuki negara ini secara haram.
SHAH ALAM: Polis menahan dua warga Iraq, yang dipercayai merupakan anggota kumpulan militan IS, disyaki membuat ancaman bunuh terhadap duta Arab Saudi dan Qatar yang berpangkalan di ibu negara.
Dua lelaki berkenaan, masing-masing berusia 39 dan 42 tahun ditahan pada Khamis lalu, lapor Bernama.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan awal mendedahkan suspek memasuki negara ini secara haram.
“Mereka ditahan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur oleh Pasukan Petugas Khas (Operasi/Pencegah Keganasan) Bukit Aman. Mereka ditahan untuk siasatan lanjut.
“Siasatan awal mendapati mereka telah dihantar oleh IS untuk melakukan sesuatu di sini, yang boleh mendedahkan ancaman kepada negara,” katanya pada sidang media di sini, Sabtu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan