MALAYSIAKINI
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran untuk
menangkap mana-mana individu yang menyertai perhimpunan Kita Lawan esok.
Katanya, pasukannya memantau individu yang mengajak orang ramai menyertai perhimpunan tersebut.
"Jika kami berasa ia akan membawa kekacauan, kami akan bertindak," katanya dalam sidang media hari ini.
Polis hari ini telahpun menahan beberapa individu, termasuk setiausaha
agung PKR Rafizi Ramli yang mengarahkan anggota parti itu menyertai
perhimpunan esok.
IGP
mendakwa bahawa beliau menerima banyak laporan daripada orang ramai
bahawa perhimpunan Kita Lawan telah mengganggu ketenteraman awam.
Katanya, jika mahu menganjurkan perhimpunan, ia mesti mengikut undang-undang.
Masalahnya, tegas IGP, mereka mahu melakukanmya mengikut cara mereka dan itulah sebabnya polis perlu mengambil tindakan.
Khalid juga mengingatkan bahawa negara ini mempunyai undang-undang dan pasukan polis.
"Jika pihak polis tidak mengambil tindakan... Anda boleh fikir sendiri, "katanya.
Selain berkumpul di
kompleks membeli-belah Sogo mulai jam 4 petang seperti beberapa minggu
lepas, perhimpunan Kita Lawan esok turut bertujuan "meraikan" majlis
perkahwinan anak perdana menteri di pusat konvensyen KLCC.
Majlis majlis perkahwinan anak perempuan Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk orang kenamaan dijangka diadakan jam 8 malam.
Mereka dijangka berarak dari beberapa lokasi sebelum menuju ke Sogo dan kemudian KLCC.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan