Isnin, 30 Mac 2015

GST: Peniaga Cina pesimis prospek ekonomi

MALAYSIAKINI


 


Masyarakat perniagaan Cina secara umumnya lebih pesimis terhadap prospek ekonomi pada 2015 dan 2016 ekoran pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kajian Sosioekonomi Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) Peck Boon Soon berkata tahun ini antara tahun-tahun paling pesimis untuk masyarakat perniagaan Cina dalam tempoh sepuluh tahun.

“Penyebab utama adalah pelaksanaan GST yang akan bermula pada 1 April, dan juga kejatuhan harga minyak mentah serta dasar kerajaan untuk membendung spekulasi harta tanah,” kata Peck.

Menurut laporan kajian berhubung keadaan ekonomi Malaysia untuk separuh kedua 2014, sebanyak 66.3 peratus responden menyatakan kurang yakin terhadap prospek ekonomi Malaysia.

Untuk prospek 2016, sebanyak 51.2 peratus responden melihat masa depan yang suram.

Dapatan itu menunjukkan tahap pesisis di kalangan masyarakat perniagaan untuk tahun ini dan tahun depan meningkat dengan ketara.


Tiada ulasan: