KUALA LUMPUR - DAP Sarawak mempunyai autonomi sendiri untuk membuat
sebarang keputusan berkaitan parti itu termasuk masa depan dalam PR.
Demikian reaksi Setiausaha Pengelola DAP, Athony Loke Siew Fook ketika
ditanya tentang keputusan DAP Sarawak, semalam yang mengumumkan keluar
dari pakatan pembangkang berkuatkuasa serta merta.
Menurutnya, DAP Pusat tetap berpegang pada keputusan yang telah dibuat pada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), Isnin lalu.
"DAP Sarawak ada autonomi sendiri untuk buat keputusan. (Tidak maklum pusat?) Tiada kena mengena dengan DAP Pusat.
"Isu itu (DAP Pusat ikut jejak DAP Sarawak) tidak timbul. DAP Pusat
masih tetap dengan keputusan CEC, Isnin lalu," katanya kepada Sinar
Online, semalam.
[ARTIKEL BERKAITAN: DAP Sarawak umum keluar PR]
Sementara Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, hudud
hanyalah alasan DAP Sarawak untuk keluar daripada perikatan
pembangkang.
[ARTIKEL BERKAITAN: 'Keluar PR kerana bantah hudud hanya alasan']
Selasa lalu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan pihaknya
tidak boleh bekerjasama dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
setelah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap pemimpin nombor satu
Pas itu susulan keputusan Pas dalam isu hudud.
Keputusan itu mendapat pelbagai reaksi pimpinan Pas yang sebulat suara menyatakan sokongan kepada Abdul Hadi.
Malah kenyataan Guan Eng itu disifatkan biadab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan