Sabtu, 7 Mac 2015

Khabar angin tsunami tidak benar

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
 
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi tidak pernah mengeluarkan mesej mengenai ramalan kejadian tsunami yang akan melanda Pulau Pinang, Langkawi dan Perlis.
 
Menurut Jabatan Meteorologi, khabar angin mengenai kejadian tsunami yang akan melanda tiga buah negeri seperti yang tersebar di media sosial adalah tidak benar.
 
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai sebarang nasihat atau amaran yang disebarkan melalui media sosial yang sumbernya bukan daripada Meteorologi Malaysia.
 
“Untuk pengesahan maklumat boleh merujuk laman sesawang Meteorologi Malaysia, http://www.met.gov.my atau mobile web rasmi m.met.gov.my atau laman sosial facebook http;//www.facebook.com/malaysiamet atau twitter http://twitter.com/malaysiamet,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
 
Tambahnya, orang ramai juga boleh menghubungi talian hotline Meteorologi Malaysia 1 300 22 1MET (1638).

Tiada ulasan: