Harun Harun Salim Bachik



PELAWAK tanah air, Harun Salim Bachik atau nama sebenarnya Haron Aminar Rashid Salim meninggal dunia selepas rebah di hentian Rehat dan Rawat di Bukit Merah Lake Town, Perak petang tadi.

Mengesahkan berita tersebut, rakannya, Afdlin Shauki berkata, kejadian berlaku sewaktu Allahyarham sedang dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju ke Kuala Lumpur.


“Innalillah.. Tolong doakan dan sedekahkan al-fatihah untuk sahabat saya yang telah pulang ke rahmatullah. Dia bukan saja kawan baik, berbakat tetapi sangat baik orangnya dan meninggalkan keluarganya yang tersayang.

“Semoga ALLAH SWT meletakkan beliau bersama roh orang-orang yang baik... Assalammualaikum abangku,” katanya seperti yang dipetik menerusi Facebooknya.
Menurut Afdlin lagi, ketika kejadian, Allahyarham turut ditemani anaknya.

Jenazahnya bakal dikebumikan di kediamannya di Desa Pandan, Kuala Lumpur.