THE MALAYSIAN INSIDER
Dalam usaha mempercepatkan pinjaman AS$ 500 juta
1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada PetroSaudi International
(PetroSaudi) pada 2010, ahli perniagaan Low Taek Jho didakwa cuba
memintas Bank Negara Malaysia (BNM) dengan mendakwa Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak meluluskan pinjaman, menurut maklumat Sarawak
Report hari ini.
Jho Low didakwa memberitahu PetroSaudi kelulusan BNM untuk pinjaman
tidak diperlukan kerana ia akan menyebabkan "kelewatan",kata Sarawak
Report, memetik email antara tokoh-tokoh yang terlibat dalam perjanjian
itu.
Dalam perbualan dikatakan antara Low dengan Pengarah PetroSaudi Patrick
Mahony melalui BlackBerry Messenger pada 2010. Ahli perniagaan itu
berkata "Kementerian Kewangan meluluskan (pinjaman). Bukan BNM kerana
kita tidak fikir BNM diperlukan."
Low juga mendakwa "PM yang juga FM (menteri kewangan)" menandatangani
pinjaman itu sendiri, walaupun Mahony mengulang permintaan bagi
penjelasan rasmi tentang mengapa kelulusan BNM tidak diperlukan.
"Dakwaan ini muncul bagi mengesahkan perdana menteri terlibat
sepenuhnya dalam rundingan ini dan secara peribadi menandatangani
pinjaman oleh 1MDB untuk PetroSaudi, tanpa diluluskan oleh Bank Negara,"
tulis Sarawak Report.
"Ia juga mengesahkan Jho Low bertindak sebagai wakil di antara perdana
menteri /menteri kewangan mengenai perkara tersebut dengan PetroSaudi."
Laman web itu menambah "pakar-pakar dikaitkan dengan Bank Negara"
mengesahkan Low bersalah dan BNM sepatutnya diberitahu mengenai pinjaman
itu.
Sarawak Report berkata Low juga memberitahu Mahony yang 1MDB akan
bertanggungjawab sepenuh ke atas pinjaman, walaupun syarikat pelaburan
strategik hampir tidak terlibat dalam perbincangan.
Mahony kemudian menghantar semua perbualan melalui e-mel kepada
Pengarah PetroSaudi Tarek Obaid, sambil menambah tarikh sepadan dengan
perjanjian pinjaman Murabaha AS$500 juta antara 1MDB dan PetroSaudi
pada 26 Julai 2010.
Sarawak Report berkata tidak jelas sama ada kelulusan BNM kemudiannya
diperolehi tetapi ia menimbulkan persoalan ambil alih Najib dalam
perjanjian itu.
"Ia menimbulkan persoalan mengapa menteri kewangan dan lembaga
menandatangani tanpa menyemak perkara itu dengan Bank Negara,
memandangkan ia diperlukan?
"Keseluruhan pertukaran sekali lagi memusnahkan segala cadangan yang
Jho Low hanya terlibat berperanan sebagai perunding apabila ia
melibatkan rundingan antara PetroSaudi dan 1MDB," tulis Sarawak Report.
Ia berkata minat Low faedah urusan itu didedahkan selepas dokumen
mendedahkan sebanyak AS$ 160 juta pinjaman dihantar ke akaun syarikat
Good Star, yang didakwa dikawal beliau.
Kaitan 1MDB dengan PetroSaudi diketahui hujung minggu lalu selepas
Sarawak Report mendakwa Low merancang usaha sama pada 2009 di antara
kedua-dua syarikat untuk menyalurkan AS$700 juta daripada 1MDB.
Sarawak Report mendakwa PetroSaudi bersetuju untuk bertindak sebagai
"wakil" bagi pihak Low dalam urus niaga seterusnya, dan firma itu tidak
mempunyai kekayaan atau asetnya sendiri.
Usaha sama itu gagal hanya enam bulan kemudian, tetapi 1MDB terus
menjalankan urus niaga dengan PetroSaudi, dan meminjamkan lagi AS$ 500
juta pada 2010, dan AS$300 juta pada Mei 2011, atas sebab-sebab yang
tidak pernah didedahkan.
Pendedahan Sarawak Report mendorong ahli politik pembangkang, bekas
pemimpin Umno dan badan-badan anti-rasuah menuntut siasatan menyeluruh
ke atas 1MDB, dan memberi tekanan kepada Najib, yang juga menteri
kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.
Najib pada Rabu mengarahkan Ketua Audit Negara menyemak akaun 1MDB
selepas Kabinet diberi taklimat mengenai akaun syarikat dan diberitahu
tuduhan terhadapnya adalah berkaitan urus niaga dengan pihak ketiga
seperti PetroSaudi.
Dalam kenyataan yang sama, Najib berkata selepas taklimat oleh 1MDB dan
juruauditnya Deloitte, Kabinet melahirkan keyakinan tiada salah laku
dalam 1MDB serta keinginan agar syarikat terus dibenarkan melaksanakan
hasil cadangan kajian strategiknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan