Rabu, 18 Mac 2015

Adakah Rosmah ke Indianapolis tinjau jet baharu, soal PKR

 Oleh Mohd Farhan Darwis


 Naib Presiden PKR Rafizi Ramli (tengah) bersama beberapa pemimpin pembangkang pada sidang media mempersoalkan kerajaan Barisan Nasional membeli jet baharu, di lobi Parlimen, awal minggu ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Mac, 2015. Naib Presiden PKR Rafizi Ramli (tengah) bersama beberapa pemimpin pembangkang pada sidang media mempersoalkan kerajaan Barisan Nasional membeli jet baharu, di lobi Parlimen, awal minggu ini. – Gambar fail The Malaysian Insider.




























PKR hari ini menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberikan penjelasan sama ada isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berada di Indianapolis, Amerika Syarikat untuk meninjau sendiri kerja menaik taraf jet baharu yang dibeli kerajaan, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.

Rafizi pada sidang media di lobi Parlimen hari ini berkata, spekulasi itu tersebar susulan misteri pesawat sedia ada, ACJ319 9M-NAA berada di lokasi berkenaan selama 6 hari pada 26 Disember, 2014 dan pada masa sama Putrajaya membeli jet baharu, ACJ320 9H-AWK.

Rafizi berkata, siasatan yang dilakukan National Oversight & Whistleblower (NOW) mendapati jet peribadi baharu yang dibeli itu sebelum ini dimiliki Comlux Aviation Group yang berpangkalan di Indianapolis.


"Perjanjian sewa beli jet peribadi baharu ACJRE0 9H-AWK ditandatangani pada 1 Disember, 2014 dan pada Oktober 2013, Comlux mengumumkan ia selesai menaik taraf jet peribadi kegunaan ketua negara Malaysia setelah kerja naik taraf bermula Jun 2013. "Perjanjian pembelian jet ACJ320 9H-AWK menunjukkan ia melibatkan kerja naik taraf kabin, berdasarkan maklumat ini adalah tidak munasabah jet peribadi sedia ada, ACJ319 9M-NAA singgah di Comlux, Indianapolis untuk kerja naik taraf kabin kerana pesawat itu baru saja dinaik taraf setahun sebelum itu," katanya, pada sidang media berkenaan.

"Kita juga tahu, pada 26 Disember, 2014 semasa pesawat ACJ319 9M-NAA singgah di Indianapolis selama 6 hari secara misteri, kerajaan Malaysia sudah pun membeli jet peribadi baharu, ACJ320 9H-AWK,” katanya.

Sehubungan itu, ahli Parlimen Pandan itu berkata, persoalan yang berlegar ialah kemungkinan besar penumpang yang menaiki pesawat ACJ19 9M-NAA singgah di Indianapolis untuk meninjau sendiri kerja naik taraf jet peribadi baharu yang dibeli kerajaan itu.

"Oleh kerana Najib sudah pulang ke Malaysia pada ketika itu, soalan seterusnya yang berlegar siapakah sebenarnya VVIP yang singgah di pangkalan Comlux yang sedang menaik taraf jet peribadi baharu yang dibeli kerajaan.

"Spekulasi yang berlegar kemungkinan besar isteri perdana menteri adalah VVIP yang menggunakan ACJ319 9M-NAA untuk singgah di Indianapolis dan meninjau sendiri kerja menaik taraf jet peribadi baharu," katanya.

Tiada ulasan: