DETIK DAILY
1. PAS menyatakan kekesalan terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di laman sosial Facebook yang menyeru seruan boikot kepada perniagaan kaum Cina. Kenyataan sebegini sungguh tidak bertanggungjawab dan berunsurkan perkauman yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia. Sungguh mengecewakan apabila kenyataan sebegini dikeluarkan oleh seorang pemimpin yang bertaraf menteri kabinet.
2. Adalah tidak wajar jika seruan boikot dibuat kepada peniaga kaum Cina sedangkan masalah harga barang yang tidak turun ini berpunca daripada kegagalan pihak kerajaan sendiri untuk menguatkuasakan undang-undang sedia ada. Usahlah kerana ingin menutup kelemahan sendiri, orang lain pula yang menjadi mangsa.
3. PAS
menuntut pihak kerajaan sendiri yang menunjukkan contoh tauladan dalam
menurunkan harga barang kawalan yang di bawah bidang kuasa kerajaan
persekutuan iaitu harga gula, tepung gandum, minyak masak dan gas
memasak. Seiring dengan itu, tarif elektrik dan tambang pengangkutan
awam wajar diturunkan oleh pihak kerajaan kerana kos penjanaannya sudah
turun.
4. Apabila barang kawalan ini diturunkan harga pasti ia dapat meringankan bebanan kos sara hidup yang ditanggung oleh sekalian rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Sehingga ke hari ini, kerajaan tidak pula menyatakan hasrat untuk menurunkan harga barang di bawah kawalan mereka. Adakah ini bermakna Datuk Seri Ismail Sabri ingin menyeru rakyat agar memboikot kerajaan Malaysia pula yang gagal menurunkan harga barang kawalan.?
5. Pihak kerajaan perlu bertindak dengan lebih proaktif,agresif dan bersepadu dalam menguatkuasakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010. Akta tersebut bertujuan untuk melindungi pengguna daripada peniaga yang menjual barang dengan harga yang tinggi dan tidak munasabah, dengan tujuan untuk mengaut keuntungan yang berlebihan. Peranan Majlis Penasihat Harga yang berfungsi untuk menasihati Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan perlulah diperkasakan lagi agar penilaian harga barang dapat dibuat mengikut keadaan semasa.
6. PAS turut menyeru agar pihak kerajaan dan para peniaga berusaha untuk melaksanakan kempen penurunan harga barang. Tatkala harga minyak petrol dinaikkan, harga barang turut dinaikkan atas faktor peningkatan kos pengeluaran dan pengangkutan. Jadi, mengapa pula ketika harga petrol sudah jatuh, harga barang masih kekal di paras yang sama.?
Dato’ Mahfuz Omar,
Ketua Penerangan PAS

1 comment:
BETUL ...SETUJU... pera pemimpin yg buat taik dan onar... rakyat pula yg dimangsakan... akibat dari salah urus tadbir dan tidak cerdiknya pemimpin yg berkuasa menyebabkan ekonomi negara hanchur... sebagi jalan mudah rakyat yg dikenakan berbagai cukai... untuk mengaku salah tidak sekali2... bongkaknya pemimpin melayu...semoga Allah membantu rakyat yg teraniaya utk membuang pemimpin2 yg zalim dan munafik ini... AMIN YA RABBABAL ALAMIN
Post a Comment