MALAYSIAKINI
Beberapa isu penting yang telah lama membelenggu masyarakat di
Labuan akan dibawa kepada perhatian agensi kerajaan berkaitan untuk
diselesaikan, kata pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Labuan Rahimah
Lamat.
Antara isu-isu itu termasuk kemungkinan pemberhentian atau usaha
mengecilkan jumlah tenaga kerja dalam sektor minyak dan gas, harga
barangan semakin meningkat, kekurangan kemudahan di Kompleks Pasar
Labuan Sentral yang baru siap dan usaha menambah pengundi baharu,
katanya.
Rahimah berkata isu berkenaan telahpun dibangkitkan oleh masyarakat umum dan
para peniaga.
"Isu-isu itu akan dikemukakan kepada agensi berkaitan dan anggota
Parlimen untuk tindakan segera,” katanya dalam mesyuarat jawatankuasa
penyelarasan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).
Rahimah berkata kemungkinan pemberhentian tenaga kerja adalah isu
sensitif memandangkan kerajaan baru sahaja mengumumkan penstrukturan
semula bajet negara semalam.
“Ia adalah isu yang agak sensitif namun mesti diketengahkan kerana ia
membabitkan orang awam. Isu barangan pengguna yang begitu lama dan
kurangnya kemudahan di pasar baharu masih tertinggal di belakang dan
perlu penyelesaian bagi menamatkan sungutan orang ramai,” katanya sambil
menambah jabatannya juga sedang meneruskan usaha mendaftar pengundi
baharu.
Mesyuarat bulanan KKMM Labuan merupakan satu platform bagi jabatan dan
agensi di bawah kementerian itu termasuk Pertubuhan Berita Nasional
Malaysia (Bernama) untuk mengetengahkan isu-isu agar dapat menarik
perhatian pihak berkuasa berkaitan.
- Bernama
No comments:
Post a Comment