MALAYSIAKINI
Sabitan kesalahan terhadap bekas polis elit Sirul Azhar Umar
“membuka seribu persoalan” berkaitan pembunuhan Altantuya Shaariibuu,
kata peguamnya Kamarul Hisham Kamaruddin.
Walaupun menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan, Kamarul membangkitkan masalah berhubung motif pembunuhan itu.
“Motifnya
tidak dikenal pasti terhadap anak guam sama (sama ada di Mahkamah
Tinggi, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan,” katanya ketika
ditemui hari ini.
Perkara itu, katanya antara perkara yang dibahaskan orang ramai.
Kamarul (kiri), salah seorang daripada tiga peguam Sirul, juga
membangkitkan isu panggilan telefon dan pesanan teks antara penganalisis
politik Abdul Razak Bagind, DSP Musa Safri dan tertuduh pertama Azilah
Hadri.
Semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Sirul mendakwa beliau
dijadikan “kambing hitam” untuk “melindungi rancangan mereka”.
Kamarul kemudian mencadangkan bahawa anak guamnya diperangkap dalam kes pembunuhan warganegara Mongolia itu.
No comments:
Post a Comment