MALAYSIAKINI
Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) menolak dakwaan MIC mengenai
kepincangan dalam siasatan ke atas masalah yang timbul dalam pemilihan
parti itu.
Pendaftar ROS, Mohammad Razin Abdullah berkata ROS bersetuju untuk
bertemu dengan Datuk G Kumar Aaman, namun tidak akan mengiktiraf beliau
sebagai setiausaha agung MIC yang baru.
“Memandangkan pertikaian pemegang jawatan peringkat pusat MIC ini masih
belum diselesaikan lagi seperti yang ditetapkan, (ROS) tidak dapat
mengiktiraf beliau sebagai ahli CWC, yang dilantik sebagai setiausaha
agung yang baru.
“Untuk tujuan tersebut, beliau telahpun diminta untuk kemukakan surat daripada presiden sebelum tarikh temujanji ditetapkan.
"Sehingga ke tarikh mogok ini diadakan, (ROS) masih lagi belum menerima surat tersebut,” kata Mohammad Razin dalam kenyataannya.
Mengulas lanjut, Mohamad Razin berkata dakwaan bahawa terdapat
penyelewengan oleh pegawai siasatan ROS yang menjalankan kes tersebut
adalah "tidak berasas sama sekali".
Katanya, pihaknya menjalankan siasatan dengan "sangat telus" selaras
dengan kehendak Akta Pertubuhan 1966 berasaskan fakta dan keterangan
yang diperolehi dari semua pihak yang terlibat.
"(Ini) termasuk dari Jawatankuasa Pemilih yang terlibat dalam proses pengendalian pemilihan ini," katanya.
No comments:
Post a Comment