MALAYSIAKINI
Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz meninggal dunia
semalam akibat pneumonia, lapor agensi berita rasmi negara itu.
Raja Abdullah, 90 sebelum ini dirawat sejak beberapa minggu lalu.
TV Arab Saudi juga melaporkan, adiknya, Salman Abdul Aziz, 79, secara
rasmi dilantik sebagai raja yang baru manaka Putera Muqrin Abdulaziz
menjadi raja muda yang baru.
Media antarabangsa turut melaporkan rakaman ucapan takziah daripada
pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.
Obama menyanjung sumbangan Raja Abdullah dalam membentuk kestabilan dan keselamatan di Timur Tengah.
Abdullah yang dilaporkan lahir pada 1923, menjadi raja Arab Saudi secara rasmi sejak 2006.
No comments:
Post a Comment