Punca Agensi Penarafan Kredit
Antarabangsa Fitch Ratings Beri Amaran Kepada Malaysia? : Kejatuhan
nilai ringgit Malaysia dicatatkan sebagai terburuk di kalangan
negara-negara di Asia yang mencatatkan kejatuhan sebanyak 10%
untuk tempoh dalam hanya 3 bulan sahaja. Ini ditambah dengan pengumuman
kerajaan Malaysia melalui Datuk Seri Najib Razak pada pagi semalam
menyebabkan agensi penarafan keredit antarabangsa Fitch Ratings
memberikan amaran yang mana Malaysia bakal berhadapan dengan taraf
penarafan kredit akan diturunkan.
Hari ini Matawang Ringgit Malaysia
diperdagangkan pada nilai yang paling rendah sejak tahun 2009. Ini semua
gara-gara pengumuman kerajaan Malaysia mengumumkan kenaikan sasaran
defisit fiskal daripada hanya 3.0% kepada 3.2% bagi unjuran tahun 2015.
Berdasarkan rekod kerajaan malaysia telah mengumumkan pembentangan bajet
defisit untuk 17 kali berturut-turut sejak pembentangan bajet pada
tahun 1998 lagi.
KLIK SINI : Punca Hutang 1MDB Malaysia Bernilai RM22.25 Bilion Meningkat
Mendadak RM25.7+ Bilion Dalam Tempoh Hanya 9 Bulan?
Punca Agensi Penarafan Kredit Antarabangsa Fitch Ratings Beri Amaran?
Dan agensi Penarafan Kredit Fitch Ratings melihat kepada kebergantungan kerajaan Malaysia kepada hasil kerajaan Malaysia sehingga memberikan impak besar disebalik kejatuhan harga minyak dunia pada ketika ini dilihat “lebih cenderung” untuk menurunkan penarafan yang diberikan Malaysia sekarang ini A-.
P/S : Jikalau Fitch Ratings turunkan rating kredit Malaysia, ini antara kesan yang akan diterima Malaysia seperti laporan (DI SINI)
- pasaran pada ketika cukup bimbang sasaran defisit yang diletakkan kerajaan malaysia akan lebih tinggi lagi
- Kenyataan terbaru Fitch ratings akan terus memberikan implikasi dan kesan besar kepada pasaran yang meletakkan pasaran Malaysia dalam keadaan “berjaga-jaga”
No comments:
Post a Comment