NIK MOHAMAD ABDUH
SHAH ALAM - "Beliau beberapa kali menegur bacaan yang silap," demikian ujar Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengenai bapanya, Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menurut Nik Mohamad Abduh, bapanya yang juga Mursyidul Am Pas itu sudah beberapa kali sedar dan mampu bertanya khabar.
"Setiap kali sedar beliau akan bertanya mengenai waktu solat dan minta diperdengarkan bacaan al-Quran oleh ahli keluargan" katanya dalam satu kenyataan, lewat malam tadi.
Semalam dalam perkembangan terkini, Nik Aziz dilaporkan menjalani 'CT scan' dan beliau disahkan tidak mengalami masalah kesihatan lain.
[ARTIKEL BERKAITAN: Ayahanda semakin stabil, kata Nik Abduh]
Tambah Nik Mohamad Abduh, bapanya berkeadaan baik dan para doktor berusaha memastikan Nik Aziz minum lebih banyak untuk menambah tenaga dan garam dalam tubuh yang agak menurun.
Ada antara tetamu yang hadir turut berpeluang berkomunikasi dengan bapanya.
"Semasa saya bercakap dengannya, saya sampaikan salam daripada beberapa pemimpin parti dan negara yang menghubungi saya.
"Saya juga nyatakan bahawa seluruh rakyat Malaysia sedang mendoakan untuk ayahanda," katanya.
Tambah Nik Mohamad Abduh, bapanya dalam wajah ceria menjawab : "Alhamdulillah, moga kembali sihat."
No comments:
Post a Comment