Malam Cinta Rasul Tahun Baru 2015 : Kos
Bayaran RM200,000 Berbaloi “Shortcut” Untuk Doa Anda Diterima? Sehingga
ke hari ini, Berita Semasa tidak pasti siapa yang membawa masuk dan mula
mempopularkan Malam Cinta Rasul dengan acara-acara sebegini rupa, duduk
beramai-ramai sambil melambai-lambai yang diketuai oleh pak habib yang
mengaku boleh nampak kelibat Nabi Muhammad SAW dalam sedar…dalam majlis
ya hanana.
Sehingga ke malam tadi, ia
terus dipopularkan oleh kelompok dan kumpulan-kumpulan tertentu. Siapa
yang perlukan sebenarnya RM200,000 itu? $$$$$$$$. Ermmmm……
Berita Semasa tonton video dari Mufti Ismail Musa Menk (Zimbabwe) seperti yang Berita Semasa kongsikan di bawah ini
We are coming around to that time of year again when something needs to be said concerning the innovation of celebrating the Prophet’s birthday.Why One Shouldn’t Celebrate Mawlid-un-Nabi (Prophet’s Birthday)
Punca & Sebab Malam Cinta Rasul Tahun Baru 2015 Berbelanja Besar?
KLIK SINI : Bayaran Artis KPOP RM1.6 Juta Guna Duit Pembayar Cukai?
(KBS) Kantoi Menipu?
“Pengsan” Berita semasa sebentar
meneliti laporan Berita yang disediakan oleh MalayMailOnline terutamanya
yang Berita Semasa “highlightkan” pada paparan yang berita Semasa
kongsikan di bawah ini melibatkan Malam Cinta Rasul 2015
Sedangkan Nabi, para sahabat dan tabii
pun tidak pernah buat siapalah kita yang nak memandai-mandai cipta
perkara baru dalam beragama. Ada baiknya dana yang ada itu diserahkan
terus kepada mangsa banjir yang lebih memerlukan lebih-lebih pasca
banjir di kelantan, Terengganu, pahang dan negeri-negeri lain yang
terlibat dan disertakan dengan solat taubat, solat hajat beramai-ramai.
Tuhan tidak perlu disuapkan dengan “rasuah”
dengan wang ringgit sehingga beratus-ratus ribu dan nilai jutaan
ringgit Malaysia dalam Malam Cinta Rasul Tahun Baru 2015 contohnya. Jauh
sekali sehingga memerlukan untuk melalui Tuan Syeikh yang mengaku
keturunan Nabi.
Meneliti lagi laporan MalayMailOnline
terhadap Malam Cinta Rasul Tahun Baru 2015 yang diketuai Habib Syech
Assegaf ini sepertimana yang diulas oleh Ustaz Mohammad Asraff Ayob
Al-Hafiz,
- Adakah rakyat Malaysia perlu ber yahanana dahulu baru segala doa dimakbulkan?
- Mana lagi baik solat hajat seluruh negara Malaysia selepas sembahyang Jumaat pada minggu lepas contohnya ataupun acara ber yahanana yang memakan kos sejumlah RM200,000?
P/S : Allah itu MAHA ADIL. Allah Maha Mendengar Maha Mengasihani Maha Penyayang Maha Mengampuni
P/S : Ya…betul untuk mendapat syafaat di
akhirat esok, kena perbanyakan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
Tetapi tidak pernah pula diajar oleh guru-guru agama untuk menjauhi
malapetaka ini perlu beryahanananana…. dahulu sambil melambai-melambai
kat atas nunnn. Sepengetahuan Berita Semasa yang jahil ini selawat yang
paling afdal, adalah selawat ibrahimiyah yang kita duduk baca dalam
tahiyyat akhir, itulah dia selawat yang paling “high class” sekali. Free
sahaja, straight antara hamba dengan penciptaNya.
PPP/S : Berita Semasa cukup risau
melihatkan trend sekarang apabila agama mula dijadikan komoditi dijual
beli. Konsep wasilah tidak salah, tetapi janganlah berlebih-lebih kerana
ada orang lain yang memerlukan.
PPPP/S : Di zaman urbanisasi manusia
hari ini, keluarlah belajar dan mencari ilmu. Tiada jalan pintas dan
ekspres untuk memenuhi rohaniah kita semua. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment