Anwar Ibrahim - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipanggil semula untuk
memberi keterangan selepas Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan
permohonan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman untuk meminda pernyataan
pembelaan tambahan berhubung dakwaan Ketua Pembangkang itu telah
menawarkan RM100 juta kepadanya untuk melompat parti.
Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah S. Hassan Badjenid membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, mewakili Anifah dan peguam Razlan Hadri Zulkifli, yang mewakili Anwar.
Mahkamah menetapkan 17 Februari depan untuk Anwar memberi keterangan.
Sementara itu, mahkamah menolak permohonan Anifah, yang juga anggota Parlimen Kimanis untuk meminda pernyataan pembelaan tambahan berhubung dakwaan bahawa Anwar seorang homoseksual dengan alasan ia memprejudiskan ketua pembangkang itu.
Perbicaraan penuh kes itu, bermula 25 Ogos tahun lepas dan berakhir pada 26 Disember, selepas Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, yang merupakan saksi terakhir defendan (Anifah) memberi keterangan.
Bagaimanapun selepas saksi itu selesai memberikan keterangan, Anifah membuat permohonan untuk meminda pernyataan pembelaan tambahannya.
Anwar mengemukakan saman terhadap Anifah pada 27 Mei 2009 kerana mendakwa kenyataan anggota Parlimen Kimanis itu pada sidang media di Washington, pada 16 Mei 2009, yang turut dihadiri Setiausaha Negara Amerika Syarikat yang ketika itu Hillary Clinton, telah mencemarkan nama baiknya.
Ketua pembangkang itu mendakwa Anifah menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak layak untuk memegang sebarang jawatan politik atau apa-apa jawatan dan berbahaya kepada masyarakat Malaysia.
Anwar juga mendakwa bahawa kenyataan defendan yang dilaporkan secara meluas dalam media tempatan dan asing, telah menimbulkan fitnah terhadap perwatakannya dan secara langsung dan tidak langsung menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak beretika, tidak berprinsip dan rasuah. - Bernama

No comments:
Post a Comment