Isnin, 25 Ogos 2014

Kelantan utamakan keselamatan di sempadan

SALMAH MAT HUSAIN


KOTA BHARU: Isu keselamatan di kawasan sempadan Kelantan turut dibincang pada pertemuan Ustaz Datuk Ahmad Yakob dengan Panglima 8 Briged, Jeneral Datuk Azmy Yahya.

“Kita turut membincangkan keselamatan negeri dan negara khususnya di sempadan Thailand. Pihak keselamatan begitu mengambil berat soal itu.

“Kerajaan negeri sedia memberi kerjasama kepada pihak keselamatan demi untuk keselamatan rakyat,” kata Menteri Besar ketika ditemui selepas menerima kunjungan hormat Panglima 8 Briged di pejabatnya hari ini.

Azmy bertugas di Kelantan bermula Jun lalu menggantikan Jeneral Datuk Zamri Hamzah yang bersara baru-baru ini.

Ustaz Ahmad turut mengucapkan terima kasih di atas kesediaan Azmy mengunjunginya di Kota Darulnaim.

Katanya, diharap kunjungan tersebut akan dapat mengeratkan hubungan antara kedua-dua belah pihak. - HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: