ANTARAPOS.COM
KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO mengemukakan nama Ketua Pemuda UMNO Bahagian
Tumpat, Rosidi Mahmud Kamaruddin kepada pucuk pimpinan parti untuk
dipertimbangkan sebagai calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan
Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, berkata beliau sudah menyerahkan
nama pemimpin UMNO Tumpat itu kepada pucuk pimpinan parti pada mesyuarat
pengurusan parti Rabu lalu.
PRK DUN Pengkalan Kubor akan diadakan berikutan kematian penyandangnya
dari Barisan Nasional (BN) Datuk Noor Zahidi Omar, Rabu lalu, akibat
kanser hati.
Sebelum ini, Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan Mohamad
Mahmud berkata pihaknya akan menetapkan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK)
Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor selepas menerima surat makluman
mengisytiharkan kekosongan kerusi itu daripada Speaker DUN Kelantan
Abdullah Ya'kub.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Zahidi menang dengan majoriti 1,736
menewaskan calon daripada PKR dan Bebas dalam pertandingan tiga penjuru
memperolehi 10, 174 undi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan