Khamis, 28 Ogos 2014

Tugu Peringatan MH17 di Taman Parlimen Australia

RAKYATNEWS


alt
 


MELBOURNE - Sebuah tugu peringatan bagi mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 akan didirikan di taman-taman Parlimen Persekutuan di Canberra.

Perdana Menteri Tony Abbott memberitahu Parlimen, ia dijangka siap untuk ulang tahun pertama tragedi itu, yang meragut nyawa 38 rakyat Australia.

Ia akan menjadi satu "peringatan bahawa kami tidak akan sekali-kali melupakan mereka," katanya.

Pemimpin pembangkang Bill Shorten berkata tugu peringatan itu adalah idea "yang sangat wajar".

Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai semasa dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal. Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh semasa terbang di ruang udara negara yang bergolak.

Selain rakyat Australia, warga dari Belanda, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand adalah antara 298 penumpang dalam pesawat itu.

Tiada ulasan: