Boikot Astro Malaysia. SCAM, Penipu!
Astro Malaysia Dikecam, Dikritik Teruk Pelanggan: Pihak Astro Malaysia,
pemegang saham utama dan paling penting seorang rakyat Malaysia yang
memegang gelaran sebagai (orang kedua terkaya di Malaysia),
Tan Sri Ananda Krishnan terus tersenyum lebar apabila satu demi satu
rakyat terus “masuk bakul” di mana bergantung harap dan menghambakan
diri mereka bagi terus menggunapakai dan melanggan perkhidmatan Astro
Malaysia. Tetapi….
Tetapi dalam pada itu, pelbagai maklum
balas dan aduan dihantar kepada pihak Astro Malaysia, tetapi malangnya
sehingga ke hari belum ada penambaikan yang drastik. Perkhidmatan masih
ditakuk lama.
Yang lebih diutamakan, pelbagai
penambahan saluran dengan harapan jangkaan Astro Malaysia akan menjana
pendapatan sejumlah RM4.3 bilion akan tercapai dengan mudahnya.
Punca Astro Malaysia Boleh Untung Banyak Berniaga di malaysia
- Pemancar stesen percuma tidak dipertingkatkan. Bukan sahaja di kawasan pedalaman, malahan di kawasan bandar pun tiada pemancaran percuma yang menyebabkan kalangan mereka terpaksa melanggan AStro. Senyum bos Astro
- Astro Malaysia boleh mengambil tindakan undang-undang jikalau ada daripada anda yang ahu bersaing dengan Astro dengan menceroboh siaran langit. Contohnya? Apa bila anda membeli receiver dan LNB (parabola) bagi mengakses satelit MEASAT walaupun MEASAT akan berpunca daripada cukai rakyat Malaysia. Berani?
- Tidak cukup dengan Astro Malaysia buat duit dengan langganan rancangan yang disediakan, mereka longgokkan pula lambakan iklan kepada pelanggan mereka. Jikalau mahu banyakkan iklan tidak mengapa, tetapi caj langgan mesti dikurangkan. Adakah mereka buat begitu? Tidak sama sekali….
- Menambah pelbagai saluran baru tetapi perkhimatan yang berkualiti kepada pelanggan diketepikan
- Pelbagai rancangan yang mendapat permintaan tinggi sebagai hak siaran langsung bola sepak telah dimonopoli Astro Malaysia
- Anda ada mahu tambah senaraiannya?
Baru-baru rakyat Malaysia telah
mengalami masalah askes kepada perkhidmatan Astro Malaysia untuk tempoh
yang lama. Semuanya dek kerana terdapat masalah teknikal yang dialami
pihak Astro Malaysia. Akhirnya Astro Malaysia telah tampil memohon maaf
di facebook rasmi mereka.
Walaubagaimanapun, reaksi balas Astro
Malaysia telah mendapat respon yang pelbagai terhadap tahap perkhdimatan
Astro Malaysia setakat yang dianggap mereka mengecewakan.
Kelemahan & Aduan Kepada Astro Malaysia?
Terdapat beberapa kelemahan Astro Malaysia yang perlu diambil berat
- Siaran rancangan yang acapkali berulang-ulang
- Kurangan penyediaan dan penambanhan rancangan-rancangan baru
- Siaran rancangan seringkali terganggu apabila cuaca buruk melanda
- Dan yang paling Berita Semasa paling kecewa sekarang ini adalah apabila terlalu banyak iklan yang menyesakkan di pelbagai saluran Astro Malaysia
- Aduan anda pula? Hantar di ruangan komen di bawah ini…
Di saat pelanggan bayar lewat bil Astro
Malaysia, sejam sekali call suruh bayar. Apabila sudah dipotong, untuk
sambung semula anda bakal dikenakan caj tambahan.
Apabila perkhidmatan Astro malaysia
acapkali menghadapi masalah, tidak pernah diberikan rebat tetapi hanya
mengeluarkan perkataan “Maafkan Kami” di media sosial seperti di Facebook. Mudah bukan?
Astro Malaysia Vs Parabola di Indonesia
Nah…inilah indahnya berniaga monopoli di
bumi yang bernama Malaysia. Jikalau di negara luar, hiburan adalah hak
untuk semua. Contohnya?
- Di Indonesia, mereka membenarkan rakyat Indonesia membeli parabola satelit untuk dipasang di rumah mereka. Hanya tune sendiri dan nikmati semua channel percuma Cuba pasang di Malaysia dan dikesan pihak berkuasa, apa yang anda bakal terima?
- Tidak perlu bayar bil bulanan, yuran mahal seperti yang dikenakan Astro Malaysia. Tidak perlu tukar dekoder banyak kali.
- Apa yang perlu dilakukan adalah “One time payment only” untuk beli piring.
- Tetapi di Malaysia?? Hak membeli piring dihadkan. Rakyat hanya dibenarkan membeli piring keluaran cap Astro Malaysia sahaja. Ini monopoli namanya.
Alhamdulillah, sekarang sudah ada
revolusi fiber optik. Contohnya, HyppTv tiada lagi gangguan ketika
hujan. Selain Unifi, kita juga ada ABNxcess. Walaubagaimanapun, dek
kerana monopoliti beberapa rancangan dan program, Astro Malaysia telah
mendapat hak esklusif dan dalam pada masa yang sama penyedia TV berbayar
yang lain masih belum popular dan meluas jaringan perkhidmatannya,
Astro Malaysia masih jadi pilihan utama ketika sehingga dilihat menindas
dan mengambil kesempatan terhadap pelanggannya.
Apa pula pendapat anda, dengan perkhidmatan Astro Malaysia kepada anda setakat ini? Kongsikan bersama Berita Semasa di sini…
P/S : Sebarkan dan kongsikan laporan
Berita Semasa kali ini kepada seberapa ramai rakan-rakan dan kenalan
terdekat anda dengan harapan pihak Astro Malaysia mendapat “tekanan hebat” seperti mana kempen (boikot Mcdonald Malaysia di sini) dijalankan sebelum ini. Kuasa di tangan anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan