JOHOR BAHRU: Pemain Piala Presiden Johor Darul Takzim (JDT) Mohamad
Amirul Hakim Shamsudin, 18, maut dalam kemalangan di Kilometer 43.5
Lebuhraya Senai-Desaru arah Desaru, dekat sini kira-kira jam 1.30 pagi
tadi.
Kelab Penyokong Bola Sepak Johor Darul Takzim dalam entri terbaru
Facebook kelab berkenaan mengucapkan takziah kepada keluarga Amirul.
"Bumi Johor kehilangan satu permata yang baharu digilap namun sedar
bahawa setiap yang datang dari-Nya akan kembali jua kepada-Nya.
"Kami mewakili seluruh penyokong Harimau Selatan berdoa agar roh beliau
dicucuri Rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang diredhai.
Al-Fatihah," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan