MALAYSIAKINI
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata parti itu akan
berbincang dengan PKR tentang parti mana yang akan bertanding dalam
pilihan raya kecil Pengkalan Kubor.
Menurutnya, faktor 'boleh menang' turut perlu dipertimbangkan walaupun
kebiasaannya parti yang bertanding dalam pilihan raya umum akan turut
bertanding dalam pilihan raya kecil di kerusi yang sama.
"Dalam pilihan raya kecil ini parti yang bertanding masa pilihanraya umum itu, dia akan bertanding bila pilihanraya kecil.
"Tetapi, tidak semestinya terikat begitu kalau ada satu keputusan baru
dibuat berdasar faktor yg saya kata tadi, faktor 'boleh menang' tadi.
"Biasa dalam pilihan raya ini kita hendak menang.
"Jadi winnability ini salah satu faktor dan perlu kedua-duanya
berbincang untuk mencari kata sepakat bagaimana yang terbaiklah utk
mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil," katanya pada sidang media
di ibu pejabat PAS tengahari ini.
DUN Pengkalan Kubor kosong selepas penyandang, Datuk Noor Zahidi Omar
dari meninggal dunia akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou,
China, 20 Ogos lalu.
PKR secara tradisinya bertanding di kerusi tersebut namun spekulasi PAS
akan bertanding di situ dalam PRK mula bertiup apabila mengambil kira
kedudukan kukuh PAS di Kelantan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan