Selasa, 26 Ogos 2014

Kerjaya Najib bakal berakhir seperti Pak Lah?

Oleh AZIZ MUDA


KUALA LUMPUR: Hayat politik Dato’ Seri Najib Tun Razak dipercayai berada dalam keadaan bahaya apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mula menekan dan mengasak malah sanggup menarik semula sokongannya terhadap pemimpin nombor satu negara itu.

Berdasarkan pengalaman sebelum ini, Mahathir bukan sahaja menarik sokongan malah sedia meninggalkan Umno kerana tidak berpuas hati de ngan gaya pentadbiran Tun Abdullah Badawi, Perdana Menteri sebelum Najib, yang didakwa dikuasai “budak tingkat empat” ketika itu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad berkata, pengalaman tersebut boleh telah dibuktikan dengan tamatnya hayat politik Tun Abdullah apabila akhirnya terpaksa meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, setelah sokongan ke atasnya ditarik balik oleh Mahathir kerana tidak berkenan dengan pentadbirannya.

Menurut beliau, realiti itu berlaku kerana Mahathir sendiri masih ada pengikut dan pengaruhnya dalam Umno-BN, sehingga beliau boleh menjatuhkan penggantinya jika beliau sudah mengambil keputusan untuk berbuat demikian.

“Tindakan Tun Mahathir itu juga sebenarnya menunjukkan Umno sedang menghadapi krisis kepimpinan sekarang.

“Di bawah Dato’ Seri Najib, ekonomi negara menjadi begitu buruk sekali, hutang negara juga turut bertambah. Itulah sebabnya Tun Mahathir hendak tukar Dato’ Seri Najib kepada Perdana Menteri baharu.

“Tetapi dalam hal ini, Tun Mahathir sendiri pun berada dalam dilema kerana dia pun tidak tahu hendak memilih siapa untuk menggantikan Dato’ Seri Najib kerana dia sendiri tak nampak siapakah penggantinya,” katanya

Khalid berkata, sekiranya Mahathir mahu menggantikan Najib kepada Timbalan Perdana Menteri sekarang, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia merupakan sesuatu yang sukar kerana Muhyiddin sendiri berada dalam kedudukan yang tidak kukuh.

“Malah, Tan Sri Muhyiddin sendiri pun dah nak pencen. Jadi siapakah yang akan dipilih oleh Tun Dr Mahathir untuk menggantikan Dato’ Seri Najib?

“Sememangnya tak ada pengganti Dato’ Seri Najib yang kukuh untuk dipilih oleh Tun Dr Mahathir,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, kritikan Mahathir terhadap Najib sememangnya berasas, malah teguran-tegurannya agak bernas bagi kepentingan negara.

“Jika hendak dikatakan Tun Dr Mahathir ingin menjatuhkan Dato’ Seri Najib dan menaikkan anaknya, Dato’ Seri Mukhriz yang menjadi Menteri Besar Kedah sekarang, saya tak nampak begitu.

“Andaian itu agak jauh sangat kerana prestasi Dato’ Seri Mukhriz sendiri taklah begitu menyerlah,” katanya.

Pada 18 Ogos lalu, Tun Dr Mahathir telah membuat deklarasi yang beliau menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk terus memimpin ne gara ini, ekoran prestasi Najib dilihat jauh lebih buruk berban ding Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Menurut Mahathir seperti yang dicatatkan menerusi blognya, beliau tidak sangka pencapaian Najib dalam pi lihan raya umum lalu lebih buruk berbanding Abdullah dan “dasar dan tindakannya juga tidak lebih berkesan” berbanding pendahulunya itu

Tiada ulasan: