KOTA BHARU: Enam sekeluarga terkejut apabila menemui tengkorak dan
beberapa serpihan tulang manusia di dalam tangki kumbahan sedalam lapan
meter di rumahnya di Pintu Geng, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, seorang penghuni rumah berusia 39
tahun yang enggan dikenali berkata, dia hanya menyedari rangka berkenaan
selepas kerja menyedut sisa kumbahan selesai.
"Saya memanggil mereka menyedut sisa kumbahan itu selepas tandas di rumah tersumbat sejak beberapa hari lalu.
"Tidak lama kemudian pekerja syarikat yang menjalankan kerja menyedut
sisa kumbahan itu memaklumkan menemui tengkorak dan tulang manusia di
dalam tangki sebelum saya terus menghubungi polis untuk tindakan
lanjut," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan