KUALA LUMPUR: Lima anggota polis yang dipercayai cuba menjual kereta hasil samun daripada seorang warga Indonesia akan dihantar ke Negeri Sembilan untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata berdasarkan
semakan maklumat yang diperoleh, pihaknya mendapati kecurian kenderaan
itu dilaporkan di negeri itu.
"Siasatan awal akan dijalankan di Kuala Lumpur ... kita akan hantar
kesemua suspek ke Negeri Sembilan untuk siasatan lanjut," katanya kepada
pemberita selepas majlis perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Cheras oleh Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Zinin di sini
pada Selasa.
Media pada Selasa melaporkan lima anggota polis ditahan selepas dipercayai cuba menjual sebuah kereta mewah yang disamun daripada seorang lelaki warga Indonesia disyaki terbabit dalam jenayah pecah rumah dan curi kenderaan.
Media pada Selasa melaporkan lima anggota polis ditahan selepas dipercayai cuba menjual sebuah kereta mewah yang disamun daripada seorang lelaki warga Indonesia disyaki terbabit dalam jenayah pecah rumah dan curi kenderaan.
Anggota polis berusia lingkungan 20-an dan bertugas di Cawangan Khas
serta Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman itu ditangkap di tempat
berasingan kelmarin dan semalam.
Sementara itu, Tajuddin berkata kompleks baharu IPD Cheras berkeluasan
22,043 meter persegi itu dibina awal Disember 2010 dan siap sepenuhnya
31 Mac tahun lepas.
Tambahnya, bangunan setinggi tiga tingkat itu beroperasi sepenuhnya awal Januari lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan